Share PDF

Search documents:
  Report this document  
    Download as PDF   
      Share on Facebook

SURAT KEBENARAN MENGGUNAKAN KENDERAAN

Dengan ini, Saya Mohd Bazli Bin Hairrizaman, No i/c 870515-56-5051, membenarkan Mohd Hanif Bin Hairrizaman, No i/c 940125-01-5733, untuk menggunakan kenderaan saya yang bernombor pendaftaran JLJ 2120, model

Perodua Viva (Manual) berwarna Hitam bertujuan untuk kemudahan beliau pergi belajar dimana tempat beliau belajar terletak berjauhan dari rumah dan beliau juga memerlukan kenderaan ini untuk tujuan membuat tugasan luar yang berkaitan dengan pembelajaran beliau. Segala perjanjian pinjam-pakai telah ditetapkan seperti yang ditetapkan dibawah.

Sekian,

Terima Kasih.

Yang Benar;

Mohd Bazli Bin Hairrizaman 870515-56-5051

SURAT PERJANJIAN PINJAM PAKAI | 1

PERJANJIAN PINJAM PAKAI (KERETA)

Perjanjian ini dibuat pada hari JUMAAT, 11 JANUARI 2013 antara: PIHAK PERTAMA

1. Nama

: MOHD BAZLI BIN HAIRRIZAMAN

Pekerjaan

: NETWORK ENGINEER

Alamat

: 10-1, JALAN TASIK UTAMA 5, THE TRILLIUM, LAKEFIELDS,57000,

SG BESI, KUALA LUMPUR

Dan;

 

PIHAK KEDUA

 

2. Nama

: MOHD HANIF BIN HAIRRIZAMAN

Pekerjaan

: PELAJAR POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA (JURUSAN

PELANCONGAN)

Alamat

:

Para Pihak terlebih dahulu menerangkan terlebih dahulu hal-hal sebagai berikut:

-Bahawa PIHAK PERTAMA adalah pemilik sah kenderaan Perodua Viva berwarna hitam dan bernombor pendaftaran JLJ2120 .

-Bahawa PIHAK KEDUA memerlukan kenderaan tersebut untuk kemudahan pergi belajar dan membuat tugasan luar yang berkaitan dengan pelajaran sahaja.

-Bahawa PIHAK PERTAMA bersedia memberi pinjam-pakai kenderaan tersebut kepada PIHAK KEDUA dengan tujuan pembelajaran sahaja.

-Bahawa PIHAK KEDUA berjanji untuk menunjukkan perubahan didalam pelajaran dan juga diri.

-Bahawa PIHAK KEDUA berjanji untuk tidak menyalahguna kemudahan yang diberikan.

-Bahawa PIHAK KEDUA berjanji untuk tidak ingkar dengan segala perjanjian yang telah ditetapkan.

Selanjutnya para pihak sepakat mengikatkan dirinya dalam Perjanjian Pinjam Pakai Kenderaan dengan syarat-syarat dan ketentuan-ketentuan sebagai berikut:

Pasal 1

JANGKA WAKTU

Perjanjian Pinjam Pakai Kenderaan ini berlangsung selama mana yang PIHAK KEDUA perlukan dalam tempoh pembelajarannya bermula pada 11 JANUARI 2013.

SURAT PERJANJIAN PINJAM PAKAI | 2

Pasal 2

KEWAJIBAN PIHAK KEDUA

PIHAK KEDUA wajib memelihara dan menjaga apa yang dipinjam-pakaikan dalam Perjanjian ini dengan sebaik-baiknya dan tidak melanggar sebarang peraturan atau perjanjian yang ditetapkan.

Pasal 3

JAMINAN

PIHAK KEDUA berjanji terhadap PIHAK PERTAMA bahawa apa yang dipinjam-pakai- kan dengan Perjanjian ini hanya akan dipergunakan sebagai kenderaan untuk pergi belajar dan membuat tugasan luar yang berkaitan dengan pelajaran sahaja. Dan PIHAK KEDUA berjanji terhadap PIHAK PERTAMA bahawa apa yang dipinjam- pakaikan dengan Perjanjian ini dapat menunjukkan perubahan terhadap keputusan pelajaran pada semester ini dan seterusnya tanpa sebarang alasan lagi. Jika PIHAK KEDUA melanggar perjanjian, hendaklah PIHAK KEDUA memulangkan kembali apa yang dipinjam.

Pasal 4

PERUBAHAN DAN PERBAIKAN

PIHAK KEDUA dilarang untuk melakukan perubahan-perubahan pada apa yang dipinjam-pakaikan dengan Perjanjian ini tanpa izin tertulis dari PIHAK PERTAMA. Apabila setelah ada izin dari PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA akan melakukan perubahan-perubahan pada apa yang dipinjam-pakaikan dengan Perjanjian ini, harus dilakukan atas risiko dan pembiayaan PIHAK KEDUA sendiri, dan sesudah habis waktu Perjanjian ini menjadi milik PIHAK PERTAMA tanpa sesuatu ganti kerugian apa pun juga kepada PIHAK KEDUA. PIHAK KEDUA haruslah menunjukkan perubahan dan perbaikan diri serta pelajaran dan menamatkan pelajaran dengan keputusan yang cemerlang.

Pasal 5

LARANGAN

PIHAK KEDUA tidak berhak dan tidak diizinkan untuk mengubah dan/atau menyerahkan dengan cara apa pun, atau dengan dalih apa pun yang dipinjam-

SURAT PERJANJIAN PINJAM PAKAI | 3

pakaikan dengan Perjanjian ini kepada orang lain atau pihak lain, baik untuk seluruhnya mahupun sebahagian.

PIHAK KEDUA juga tidak diizinkan merokok didalam kenderaan tersebut dan juga tidak diizinkan untuk menggunakan kenderaan tersebut untuk tujuan selain dalam perjanjian dan jika berlaku sesuatu terhadap kenderaan tersebut, maka itu adalah dibawah tanggungjawab PIHAK KEDUA dan serta merta pinjam-pakai akan ditarik kembali.

Pasal 6

HAL-HAL LAIN

Mengenai Perjanjian Pinjam Pakai Kenderaan ini dan segala akibatnya, kedua belah pihak sepakat untuk bertanggungjawab kerana hubungan hukum antara PIHAK PERTAMA dengan PIHAK KEDUA bukan sewa-menyewa.

Pasal 7

BERAKHIRNYA PERJANJIAN

Apabila Perjanjian Pinjam Pakai Kenderaan ini berakhir atau apabila Perjanjian ini berakhir sebelum tarikh tersebut di atas menurut ketentuan-ketentuan dalam Perjanjian ini atau menurut ketentuan-ketentuan lain yang sah, maka PIHAK KEDUA wajib menyerahkan kembali kenderaan yang dipinjam-pakaikan dengan Perjanjian ini dalam keadaan seperti hari pertama diterima oleh PIHAK KEDUA serta dalam keadaan baik dan terpelihara kepada PIHAK PERTAMA.

Demikian Perjanjian ini dibuat dan ditandatangani oleh Para Pihak tanpa adanya paksaan dari mana-mana pihak pun, pada tarikh yang telah disebutkan pada awal Perjanjian ini.

PIHAK PERTAMA

PIHAK KEDUA

MOHD BAZLI BIN HAIRRIZAMAN

MOHD HANIF BIN HAIRRIZAMAN

870515-56-5051

940125-01-5733

_____________

_____________

SAKSI

 

1.

 

2.

 

SURAT PERJANJIAN PINJAM PAKAI | 4