Share PDF

Search documents:
  Report this document  
    Download as PDF   
      Share on Facebook

TEKNIK LATIH TUBI TALAQQI MUSYAFAHAH MEMBANTU PENGUASAAN BACAAN IKHFA’ HAKIKI DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM

ABDUL WAHID BIN ABDUL RASHID

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TAWAU

2012

TEKNIK LATIH TUBI TALAQQI MUSYAFAHAH MEMBANTU PENGUASAAN BACAAN IKHFA’ HAKIKI DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM

ABDUL WAHID BIN ABDUL RASHID

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pengajian Islam

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TAWAU

2012

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pengajian Islam”

Tandatangan : ...........................................................

Nama Penyelia : AHMAD NAJDI BIN FADZIL

Tarikh : ..........................................................

i

PENGAKUAN

“ Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………………………....

Nama Penulis : ABDUL WAHID BIN ABDUL RASHID

Tarikh : …………………………………………....

ii

DEDIKASI

Hasil kerja ini didedikasikan untuk isteri dan anak-anak tersayang yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan moral menjayakan kajian ini. Demikian pula dengan semua pensyarah IPG Kampus Tawau yang telah memberi sokongan, bimbingan serta komen-komen membina sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa kepada semua sahabat seperjuangan yang bertungkus lumus menghadapi semua kekangan dan cabaran semasa berada di IPG Kampus Tawau.

iii

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia kajian tindakan ini, Ustaz Ahmad Najdi bin Fadzil atas semua nasihat, dorongan, bantuan dan keperihatinan semasa menyempurnakan kajian ini. Bimbingan dan tunjuk ajar yang dihulurkan beliau banyak membantu kepada kejayaan kajian ini. Kerjasama daripada pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Tampi-Tampi amatlah dihargai. Tidak lupa juga kepada sepuluh orang murid Sekolah Kebangsaan Tampi-Tampi, selaku responden kajian ini, di atas kerjasama dan respon positif yang diberikan semasa kajian dijalankan. Pada kesempatan ini, saya ingin melestarikan budi kasih yang tidak terhingga kepada isteri dan anak-anak yang tercinta kerana telah memberi dorongan dan sokongan kepada saya sewaktu diperlukan. Mereka jugalah yang menjadi sumber inspirasi kepada saya ketika menyiapkan kajian ini. Akhir sekali kepada semua rakan-rakan seperjuangan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR-PI dan PGSR-PM) yang telah banyak menyumbang budi, memberi bantuan tunjuk ajar secara langsung atau tidak langsung semasa penghasilan kajian ini, jutaan terima kasih diucapkan.

iv

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan sejauh manakah teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) dapat membantu murid menguasai kemahiran hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki dan meningkatkan tumpuan murid mengikuti pengajaran. Responden kajian terdiri daripada lima orang murid lelaki dan lima orang murid perempuan dari kelas Tahun Enam di sebuah sekolah di daerah Semporna Sabah. Instrumen kajian terdiri daripada set ujian Pra dan ujian Pos serta empat senarai semak pemerhatian. Lima sesi intervensi dalam seminggu telah dilaksanakan dalam tempoh enam minggu menggunakan teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM). Hasil kajian menunjukkan teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) berkesan membantu murid menguasai kemahiran hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki dan membantu meningkatkan tumpuan dan fokus murid mengikuti pengajaran.

v

ABSTRACT

The purpose of the study was to determine the extent to which the Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) could be effective in helping pupils to master the reading technique of Ikhfa’ Hakiki and to inculcate pupils’ attention during lesson, The respondents consisted of 5 male and 5 female pupils from Year 6 from a school in Semporna District. This study instruments were taken from the implementation of pre- and post- tests and 4 observation checklists. The intervention session using the Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) had been implemented in 5 days a week through 6 weeks duration. The result showed Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) was effective to develop pupils’ improvement in reading the Ikhfak Hakiki and help to improve the attention and focus during lesson.

vi

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGESAHAN PENYELIA

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

 

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

 

v

ABSTRACT

 

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

ix

SENARAI RAJAH/GRAF

x

SENARAI LAMPIRAN

xi

1.0 PENDAHULUAN

 

1.1

Pengenalan

1

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

4

1.3

Refleksi Nilai Kajian Dalam Pendidikan

8

2.0FOKUS KAJIAN

2.1

Isu Kajian

10

2.2

Tinjauan Literatur

11

3.0OBJEKTIF KAJIAN

 

3.1

Objektif Umum

14

 

3.2

Objektif Khusus

15

 

3.3

Persoalan Kajian

15

4.0

KUMPULAN SASARAN

16

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

17

vii

6.0CARA MENGUMPUL DATA

6.1

Instrumen Untuk Mendapatkan Data Kajian

27

6.2

Cara Menganalisis Data

30

7.0ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

 

7.1

Analisis Ujian Pra

31

 

7.2

Analisis Senarai Semak BerkelompokSelepas Intervensi

32

 

7.3

Perbandingan Analisis Ujian Pra dan Pos

33

 

7.4

Analisis Senarai Semak Keputusan Ujian Lisan

35

 

7.5

Analisis Senarai Semak Perubahan Tingkah laku

37

8.0

RUMUSAN DAN REFLEKSI KAJIAN

40

9.0

CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

43

SENARAI RUJUKAN

45

LAMPIRAN

 

47

viii

 

SENARAI JADUAL

 

Jadual

 

Muka Surat

5.1

Skor Ujian Diagnostik

20

7.1

Analisis Senarai Semak Berkelompok

32

7.2

Perbandingan Penguasaan Responden Dalam Ujian Pra dan Pos

33

7.3

Tahap Penguasaan Responden Dalam Ujian Pos

35

7.4

Bilangan Responden Dapat Membaca ikhfa’ Kalimah

36

 

Kertas Ujian Pos(Lisan)

 

7.5

Analisis Tingkah laku Responden Sebelum Intervensi

37

7.6

Analisis Tingkah laku Responden Selepas Intervensi

38

ix

SENARAI RAJAH/GRAF

Rajah/Graf

Muka Surat

5.1

Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1948)

17

5.2

Bahan Bantu Belajar

22

1

Markah Responden Dalam Ujian Pra

31

2

Perbandingan Markah Responden dalam Ujian Pra dan Pos

34

x

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran

Muka Surat

A

Ujian Diagnostik

47

B

ujian Pra

48

C

Ujian Pos

50

D

Senarai Semak Keputusan Ujian Pos (Lisan)

52

E

Senarai Semak Kemahiran Semasa Intervensi

53

F

Senarai Semak Berkelompok Kemahiran Bacaan Ikhfa’

54

 

Selepas Intervensi

 

G

Senarai Semak Perubahan Tingkahlaku

55

 

Pembelajaran Responden Sebelum Intervensi

 

H

Senarai Semak Perubahan Tingkahlaku

56

 

Pembelajaran Responden Selepas Intervensi

 

xi

1.0PENDAHULUAN

1.1Pengenalan

Membaca al Quran dengan amalan tajwid adalah wajib hukumnya dan berdosa jika meninggalkannya dengan sengaja. Ini kerana ilmu Tajwid itu diturunkan serentak dengan turunnya al Quran (Hasan,1987). Allah SWT berfirman di dalam al Quran yang bermaksud, “Bacalah akan al Quran dengan cara Tartil” (al Muzammil: ayat 4). Mafhum ayat ini merujuk kepada cara dan gaya pembacaan al Quran yang tenang, jelas dan bertajwid. Menurut Muhamad Arabi (1994), tartil bermaksud membaca dengan terang, lembut, perlahan dan tidak gopoh. Sesungguhnya amalan membaca al Quran dengan betul merupakan suatu ibadah yang akan diberi ganjaran kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat (Abu Hassan, 1998).

Isu permasalahan membaca al-Quran yang meliputi aspek kemahiran lisan, kelancaran bacaan dan bacaan bertajwid dalam kalangan murid Islam berlaku di semua peringkat sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau di Institusi Pengajian Tinggi. Mohd Zainul (2006) menjelaskan bahawa ramai murid lemah menguasai aspek tilawah, aspek tajwid dan aspek makhraj huruf, bahkan terdapat juga murid yang tidak boleh membaca potongan ayat yang pendek dengan betul (buta al-Quran). Sikap murid sendiri memberi kesan dan impak secara langsung ke atas tahap kebolehupayaan mereka menguasai pembacaan al Quran dengan baik. Menurut Aminah (1997) sebahagian besar murid mempunyai minat, kecenderungan dan sikap yang sederhana terhadap program Tilawah al-Quran, malah program Tilawah al-Quran masih belum berjaya mengubah sikap pelajar agar menghayati nilai-nilai Islam sepenuhnya. Muhammad Fauzan dalam kajiannya (2006) mendapati bahawa sukatan Tilawah al-Quran adalah bidang yang tidak

popular dan tidak digemari oleh kebanyakan murid. Hal ini mungkin disebabkan 1

kesukaran, kurang minat serta kurang kesedaran tentang kepentingan mata pelajaran Tilawah al-Quran. Keadaan ini mendorong berlaku sikap mengabaikan mata pelajaran Tilawah al-Quran yang mengakibatkan mereka tidak boleh menguasai bacaan al Quran dengan baik serta tidak dapat pula menguasai kemahiran Tilawah al Quran yang lain.

Selain itu peranan dan teknik pengajaran pendidik juga perlu diambil kira bagi mencapai kejayaan yang efektif. Kombinasi pelbagai aktiviti pengajaran yang merangkumi pendekatan, kaedah, strategi dan juga teknik akan menjamin pengajaran yang lebih berkesan (Abdul Raof, 1998). Menurut Aderi dan Rohani (2009) adalah penting kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam sentiasa memperkasakan kemahiran teknik pengajaran Tilawah al-Quran yang mereka ada agar menjadi lebih berkesan supaya keupayaan murid dapat dipertingkatkan dan mampu untuk menguasai mata pelajaran Tilawah al-Quran dengan baik. Minat dan pengetahuan yang berkaitan dengan ilmu al-Quran juga merupakan satu dorongan untuk murid mempelajari al Quran seterusnya mampu membaca al-Quran dengan baik.

Peranan ibu bapa sangat penting dalam menentukan hala tuju pembelajaran anak-anak. Ibu bapa bertanggungjawab penuh memberi galakan dan mempastikan supaya anak-anak mereka mengambil berat mengenai pembelajaran dan amalan membaca al-Quran. Kajian oleh Salina (2006) menunjukkan sebilangan kecil respondennya tidak mendapat dorongan dan galakan daripada ibu bapa untuk mempelajari al Quran dan membacanya. Ini menyebabkan timbul tabiat sambil lewa oleh responden terhadap pengajaran dan pembelajaran bidang Tilawah al-Quran.

2

Implikasinya, wujud persepsi bahawa pengajaran dan pembelajaran al Quran adalah kemahiran yang tidak mustahak dipelajari.

Kajian pengkaji baru-baru ini mempunyai persamaan dengan masalah pembelajaran mata pelajaran Tilawah al-Quran yang dijelaskan. 10 orang murid Tahun Enam di sebuah sekolah rendah kebangsaan di daerah Semporna didapati masih tidak menguasai kemahiran hukum Tajwid dengan baik. Keseluruhannya kelemahan ini merangkumi kemahiran mengingat huruf, memahami kaedah dan aplikasi bacaan. Kelemahan ketara yang menonjol adalah penguasaan mengenai kemahiran hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki. Tinjauan masalah yang dilakukan sebelum pelaksanaan kajian menunjukkan kelemahan yang sangat ketara dari aspek mengenal huruf Ikhfa’ Hakiki. Kelemahan ini sudah tentu membawa kepada kelemahan aspek penguasaan kaedah bacaan Ikhfa’Hakiki. Hanya dua orang daripada 10 orang murid ini yang mampu mengenal dan mengecam dua huruf Ikhfa’ Hakiki dengan baik iaitu huruf Qof dan huruf Kaf.

Fokus utama kajian ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan sepuluh orang murid tersebut dalam menguasai bacaan hukum Ikhfa’Hakiki. Intervensi dalam kajian ini menggunakan pengajaran teknik Latih Tubi Talaqqi Musyfahah iaitu menyebut dan membaca kemahiran berulang-ulang di hadapan guru sehingga mahir. Masalah ini perlu diatasi segera untuk supaya ia tidak berpanjangan dan menyebabkan murid-murid ini menghadapi masalah pembelajaran Tilawah Al Quran apabila menduduki sekolah menengah nanti. Kajian ini adalah sebagai langkah mempastikan mereka ini tidak menjadi generasi yang buta Tajwid pada masa akan datang.

3

Al Quran adalah kitab bacaan sepanjang hayat dan membacanya merupakan suatu ibadah. Abu dan Harun (1998) menjelaskan bahawa amalan membaca al Quran dengan betul merupakan suatu ibadah yang akan diberi ganjaran kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebagai suatu ibadah bacaan al Quran harus menepati cara yang betul agar perkara sebaliknya tidak berlaku. Justeru membaca al Quran mestilah bertajwid. Berdosa hukumnya meninggalkan amalan Tajwid dengan sengaja (Hasan, 1987). Selain fokus membantu keupayaan murid, kajian ini juga bertujuan untuk menilai keberkesanan teknik pengajaran yang digunakan dalam intervensi sama ada ia dapat membantu murid mengatasi masalah mereka atau sebaliknya.

1.2Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengkaji mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun Enam di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Semporna. Hasil tinjauan dan refleksi ke atas pengajaran dan pembelajaran yang lepas, pengkaji mendapati antara masalah utama yang masih lagi membelenggu murid sehingga kini adalah kelemahan yang ketara dalam menguasai kemahiran hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran ilmu hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki, didapati murid-murid ini bersikap pasif, kurang berminat dan tidak suka melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mendapati punca situasi ini berlaku adalah disebabkan kelemahan dalam menguasai kemahiran hukum Ikhfa’ Hakiki. Hal ini menjejaskan tumpuan dan minat mereka untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan guru. Kalimah Ikhfa’ dari segi bahasa bermaksud ‘disembunyikan’. Sementara menurut istilah ilmu Tajwid, ikhfa’ maksudnya melafazkan huruf di antara izhar dan idgham tanpa tasydid dan kekal dengung pada huruf pertama (Hasan, 1987). Hukum bacaan Ikhfa Hakiki banyak mempengaruhi mutu pembacaan

4

al Quran. Ini disebabkan hukum-hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki banyak sekali terdapat di dalam ayat-ayat al Quran samada dalam bentuk kata nama atau pun kata kerja. Umumnya, mereka membaca al Quran tanpa amalan bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki, kecuali pada satu dua kalimah tertentu sahaja dan dengan kaedah bacaan ikhfa’ yang kurang tepat. Justeru bacaan mereka kedengaran janggal. Ini terbukti melalui pemerhatian pengkaji sewaktu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Tilawah al Quran dalam kelas harian. Situasi yang sama juga berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tasmik al Quran. Aktiviti soal jawab di dalam bilik darjah juga mendedahkan kelemahan ketara apabila mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan kaedah dan hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki dengan betul. Selain itu murid ini juga sama sekali tidak dapat mengingat huruf- huruf Ikhfa’ Hakiki dengan tepat. Senarai semak bacaan al Quran oleh guru j-Qaf juga jelas menunjukkan kelemahan yang sama.

Analisis dokumen dan perbincangan dengan guru-guru j-QAF menunjukkan masalah murid-murid ini berpunca daripada kurangnya kekerapan membaca al Quran atau tidak mengulangkaji kemahiran yang telah dipelajari. Mereka didapati tidak ada usaha dan kesungguhan untuk mempelajari al Quran. Tidak ada kesungguhan mempelajari al Quran bermakna tidak ada kesungguhan mempelajari ilmu Tajwid. Keadaan ini diburukkan lagi oleh tabiat kurang berminat terhadap pembacaan al Quran. Fenomena seumpama ini telah pun ditegaskan oleh Zaharah (2007) dalam dapatan kajiannya. Menurutnya wujud hubungan signifikan di antara pengetahuan tentang keutamaan dan kelebihan membaca al-Quran dengan kekerapan

5

membaca al Quran. Begitu juga terdapat hubungan yang positif antara minat dengan kekerapan membaca al Quran.

Selain itu persekitaran tempat tinggal juga adalah antara faktor utama yang menyebabkan ketidakupayaan murid ini dalam menguasai kemahiran bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki. Latar belakang ibu bapa yang kurang pendidikan sudah tentu tidak banyak membantu memajukan pendidikan dan pembelajaran anak-anak. Mereka kurang kesedaran soal keperluan dan kepentingan pendidikan. Justeru ibu bapa bersikap lepas tangan dan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Apatah jika pengajaran dan pembelajaran itu melibatkan kemahiran bidang Tilawah al Quran. Ini kerana kebanyakan ibu bapa dan keluarga pelajar adalah mereka yang tidak tahu membaca al Quran. Pengkaji percaya wujud hubungan yang signifikan antara masalah ketidakupayaan murid dalam menguasai kemahiran hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki dengan peranan dan perhatian ibu bapa di rumah.

Teknik pengajaran dan pembelajaraan yang tidak berkesan bukanlah satu- satunya faktor masalah ini timbul. Sikap acuh tak acuh ibu bapa terhadap pembelajaran al Quran juga menyebabkan wujudnya masalah ini. Tentu sekali murid- murid ini tidak mendapat peneguhan dan motivasi daripada ibu bapa dan keluarga. Senario ini bukan perkara terpencil bahkan ia adalah masalah pendidikan nasional. Dapatan beberapa kajian lepas membuktikan masalah yang sama memang wujud di mana-mana. Beberapa responden kajian didapati memang tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa untuk mempelajari Tilawah al Quran. Kajian oleh Salina (2006) misalnya, mendapati bahawa terdapat sebilangan kecil daripada respondennya yang

6

tidak mendapat dorongan dan motivasi untuk membaca al-Quran daripada ibu bapa. Hal ini menjadi salah satu sebab mengapa respondennya tidak menguasai pembacaan al Quran dengan baik.

Namun demikian masalah ini juga berpunca daripada kelemahan pengkaji sendiri sebagai guru. Sikap kurang peka kepada keupayaan dan tingkah laku murid menyebabkan pengkaji lupa dan leka untuk mempertimbangkan teknik dan langkah- langkah pengajaran yang sesuai. Dalam kebanyakan situasi, didapati murid-murid ini tidak ada semangat dan bersikap sambil lewa mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Selain teknik pengajaran pengkaji yang kurang efektif mereka juga menghadapi keadaan di mana mereka merasa diri tidak pandai, tidak berkeyakinan dan ragu-ragu untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengkaji.

Sukatan kemahiran Tajwid diajarkan secara gabungjalin dengan pengajaran Tilawah al Quran. Ini memberi kesan kepada fokus pengajaran ilmu Tajwid oleh pengkaji. Pengkaji kurang memberi perhatian ke atas amalan pembacaan bertajwid oleh murid sebaliknya lebih menumpukan langkah memberi penerangan dan kefahaman mengenai teori dan huraian hukum bacaan semata-mata. Pengkaji jarang sekali memberikan tunjuk cara membaca dan tiada teknik pengajaran dan pembelajaran secara latih tubi dijalankan. Peruntukan masa bidang Tilawah al Quran tidak memadai untuk langkah dan teknik penyampaian yang pelbagai. Selain itu, pengkaji pula lebih cenderung mengajar kemahiran menghafaz al Quran sahaja.

Sebagai guru pengkaji harus adil, prihatin, bertanggungjawab dan bersifat profesional terhadap murid-murid. Atas kesedaran ini pengkaji merasa terpanggil

7

untuk melakukan suatu tindakan kajian bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid dan membantu mereka agar dapat menguasai kemahiran bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki. Kelemahan ini harus segera diatasi bagi mengelakkan masalah menjadi semakin parah dan membawa kesan buruk kepada pembelajaran mereka di sekolah menengah nanti.

1.3Refleksi Nilai Pendidikan Dalam Kajian

Kajian ini penting dilihat oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah bagi tujuan dijadikan rangsangan untuk melaksanakan pengajaran Tilawah al Quran bersepadu di peringkat daerah bagi mempertingkatkan keupayaan murid menguasai bidang ilmu Tajwid dan Tilawah al Quran. Kajian ini juga sama ada secara langsung atau tidak langsung dapat memberi pendedahan dan gambaran sebenar tentang tahap keupayaan sebenar kemahiran penguasaan ilmu Tajwid dan pembacaan al Quran dalam kalangan murid. Kepada pihak sekolah hasil kajian ini diharap dapat memudahkan tindakan mengenal pasti penguasaan dan tahap penguasaan bacaan al Quran murid dengan lebih dekat dan mengesan kelemahan serta kerumitan yang selama ini membelenggu murid. Dengan ini potensi murid dapat dipertingkatkan dan dikembangkan secara optimum. Langkah untuk menyalurkan akses pendidikan secara menyeluruh kepada murid juga dapat diusahakan serta disediakan dengan sempurna.

Kajian ini juga dapat membantu pihak sekolah merangka dan melaksanakan program motivasi bagi meningkatkan minat mempelajari al Quran dan ilmu Tajwid di kalangan murid. Kepada pihak guru dapatan kajian ini diharapkan akan menjadi dorongan kepada guru untuk berusaha lebih gigih bagi memperbaiki kelemahan diri dan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran agar lebih efesyen. Isu seumpama

8

ini perlu kepada penekanan dan perhatian serius terutamanya daripada pihak guru agar masalah ini dapat dibendung dan tidak terbiar berpanjangan. Hasil Kajian lepas membuktikan wujudnya kelemahan berlarutan di mana terdapat murid-murid di sekolah menengah masih lagi tidak mampu membaca al-Qur’an. Farehan (2000) menyatakan terdapat murid tingkatan tiga yang kurang lancar membaca al Quran, kurang menghayati hukum Tajwid serta sukar menyebut makhraj huruf dengan betul.

Kepada murid-murid pula kajian ini dapat membantu mereka mengenal pasti faktor-faktor yang boleh mendorong atau merangsang diri untuk memperbaiki seterusnya meningkatkan keupayaan aspek bacaaan al Quran. Selain itu mereka juga dapat mengesan sebab musabab yang menghalang penguasaan mereka dalam aspek Tajwid dan bacaaan al Quran. Seterusnya mereka dapat mengambil langkah-langkah latihan dan aktiviti untuk meningkatkan prestasi bacaan mereka dari semasa ke semasa. Selain itu kajian ini juga dapat menerapkan suatu nilai bermakna mengenai al Quran dalam diri setiap murid. Melalui kajian ini murid dapat menghayati betapa al Quran itu mesti dipelajari dan dihayati demi kesejahteraan dan kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Ini kerana al Quran itu adalah peta kecemerlangan hidup bagi seluruh umat manusia (Danial, 2005).

9

2.0FOKUS KAJIAN

2.1Isu Kajian

Sulaiman (2001) menyatakan penyelidikan memerlukan satu masalah yang disebut Masalah Kajian. Masalah penyelidikan atau isu kajian hendaklah mempunyai nilai dan unsur-unsur yang mendorong kita untuk membahas, menyelidik dan menyelesaikannnya. Dalam kajian ini, isunya adalah ketidakupayaan murid Tahun Enam di SK.Tampi-Tampi Semporna menguasai kemahiran hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki dengan baik. Masalah ini masih berlaku walaupun program j-QAF di sekolah ini sudah berjalan sejak 2006 lagi. Pengkaji mendapati murid-murid ini hanya mengikhfa’kan bacaan pada kalimah tertentu sahaja. Pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji menunjukkan amalan pembacaan hukum Ikhfa’ Hakiki oleh murid-murid ini tidak berasaskan kepada kemahiran kaedah bacaan tetapi sebaliknya lebih kepada mengecam kalimah yang mengandungi hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki. Secara keseluruhan bacaan mereka tidak ada amalan bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki. Oleh sebab itu bacaan mereka kedengaran janggal lantaran hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki banyak sekali terdapat di dalam kalimah dan ayat-ayat al Quran.

Kajian yang dijalankan sangat penting untuk murid-murid ini keluar daripada masalah yang mereka hadapi dan membantu mereka meningkatkan kemampuan agar dapat menguasai hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki dengan baik. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan teknik pengajaran yang berkesan bagi menimbulkan minat, tindak balas aktif dan keseronokan mengikuti pengajaran dan pembelajaran Tilawah al Quran, khususnya kemahiran ilmu Tajwid. Masalah ini dan kelemahan- kelemahan lain yang berkaitan perlu segera diatasi untuk mengelakkan murid-murid

10

ini menghadapi kesulitan mengikuti pengajaran dan pembelajaran Tilawah al Quran di peringkat sekolah menengah nanti.

2.2Tinjauan Literatur

Kajian yang dijalankan oleh Mohd Yakub dan Saidin (2008) di beberapa buah sekolah menengah terpilih di negeri Terengganu mendapati kelemahan yang ketara dalam pembacaan al Quran di kalangan pelajar tingkatan empat. Selain tidak fasih mereka juga kurang lancar membaca dan sering teragak-agak ketika membaca al Quran. Sebutan huruf juga tidak menepati makhraj huruf yang betul dan sama sekali tidak dapat meraikan sifat-sifat huruf. Hasil kajian berkenaan merumuskan bahawa pelajar-pelajar ini selain tidak dapat membaca dengan baik, mereka juga sangat lemah menguasai kemahiran bidang Tajwid.

Mohd Zainul (2006) menjelaskan bahawa ramai murid yang lemah dalam aspek tilawah, lemah dalam aspek tajwid dan makhraj huruf, bahkan terdapat juga murid yang gagal membaca potongan ayat yang pendek dengan makhraj yang betul. Kenyataan beliau ini disokong dengan beberapa kajian, antaranya kajian yang dilakukan oleh Mohammad Naim (2003) yang mendapati ada perbezaan yang signifikan antara jantina, pelajar yang bersekolah agama petang, mengaji di rumah, dan pemilikan buku Iqra’ dengan penguasaan tilawah al-Quran mereka.

Menurut Abu Hassan dan Harun (1998) mempelajari Ilmu tajwid hukumnya fardhu kifayah sementara mengamalkannya ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain hukumnya. Sesungguhnya al-Quran yang diamalkan dengan betul akan dapat mengisi fikiran dan jiwa dengan hikmah dan kemuliaan. Dari sudut Ilmu Tajwid,

11

baginda Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kaedah bacaan al-Quran kepada para sahabat sesuai dengan cara bacaan yang disampaikan oleh malaikat Jibril a.s. Sudah tentu kaedah bacaan ini adalah kaedah bacaan bertajwid sebagaimana yang kita fahami mengenai maksud hadis baginda s.a.w. yang bermaksud: ”Hiasilah al-Quran itu dengan suaramu” (H.R. Abu Daud dan An-Nasa’i).

Dari Ensiklopedia Fiqh Kuwait, para ulama terdahulu berpendapat bahawa mempelajari hukum tajwid adalah wajib dan berdosa bagi mereka meninggalkannya dengan sengaja. Sama ada ia berkaitan dengan kelancaran huruf yang mana boleh mengubah struktur dan maknanya atau selain daripada itu seperti idgham, ghunnah, tashil dan sebagainya. Menurut Muhamad Arabi (1994) membaca al-Quran sangat dianjurkan dengan jaminan akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah Taala sebagai suatu perniagaan yang tidak akan rugi. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan ganjaran itu, setiap pembaca mestilah mempelajari Ilmu Tajwid supaya sempurna bacaannya.

Abdul Halim (1991) menyatakan membaca al-Quran adalah membaca kalam Allah S.W.T yang mesti dibaca dengan betul dari segi makhraj dan tajwidnya supaya tidak terpesong maknanya. Tuntutan kepada kemahiran membaca al-Qur’an merupakan tuntutan Fardu ’Ain iaitu kewajipan ke atas individu muslim yang mesti dilaksanakan kerana kesempurnaan bacaan al-Qur’an itu ada hubungan rapat dengan tuntutan kesempurnaan ibadah solat. Menurut Abdul Raof (1998) pula, tajwid adalah untuk mengetahui cara dan kaedah bacaan Izhar, Idgham, Ikhfa’ Iqlab, Tarqiq, Tafkhim, Raum, Isymam, Tashil, Imalah, Mad dan sebagainya dengan betul dan tepat. Oleh itu hendaklah belajar melalui guru (talaqqi musyafahah) untuk

12

mendapatkan cara bacaan al Quran yang tepat dan sahih. Pembelajaran al Quran secara talaqqi musyafahah adalah syarat wajib untuk menentukan kaedah pembacaan al Quran itu sesuai dan bertepatan sebagaimana bacaan yang telah diajarkan oleh baginda SAW. Menurut Ahmad (1997), al Quran adalah pembelajaran induktif yang memerlukan demonstrasi dan tunjuk cara yang kemudiannya akan ditiru dan diikuti oleh pelajar.

Pembelajaran al-Quran secara berkesan begitu penting kerana amalan bacaan al-Quran melibatkan hukum di mana seseorang yang membacanya dengan salah adalah dianggap berdosa. Sesuai dengan tuntutan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan supaya kemahiran membaca al-Quran diajar di sekolah-sekolah di Malaysia melalui mata pelajaran Pendidikan Islam. Melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dinyatakan dengan jelas objektif pengajaran Tilawah al- Quran iaitu di antaranya dapat membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid serta dapat menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam amalan ibadah harian.

Dapatan-dapatan kajian terdahulu lebih menjurus kepada masalah penguasaan membaca al Quran dengan bertajwid secara umum. Tidak banyak kajian dijalankan untuk menyelidiki masalah berkaitan hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki secara khusus. Justeru tidak banyak dapatan kajian lepas yang dapat dikaitkan secara langsung dengan isu kajian ini. Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek tertentu pada kajian-kajian lepas dapat dijadikan panduan dalam menjalankan kajian ini.

13

3.0OBJEKTIF KAJIAN

3.1Objektif Umum

Umumnya kajian penyelidikan pendidikan bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Seringkali ia melibatkan penerokaan, penyiasatan dan penyelesaian masalah. Kajian berguna untuk menjawab persoalan apa, mengapa dan bagaimana. Kajian penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada empat iaitu penerokaan, penghuraian, penerangan dan ramalan.

Pelaksanaan kajian ini bertujuan untuk membantu responden dari kalangan murid Tahun Enam di sebuah sekolah kebangsaan mengatasi masalah pembelajaran. Responden didapati menghadapi kesulitan mengecam dan mengenal huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki. Kelemahan ini mempengaruhi keupayaan mereka mengamalkan bacaan hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki. Tinjauan dan pemerhatian menunjukkan mereka sama sekali memang tidak dapat menguasai bacaan Ikhfa’ Hakiki. Kajian perlu dilakukan bagi mengelak masalah ini berterusan. Jika tidak, responden akan berdepan masalah keciciran kemahiran ilmu Tajwid apabila menduduki sekolah menengah nanti.

Justeru pendekatan kajian berkesan akan dijalankan bagi menjawab persoalan mengapa dan bagaimana cara masalah ini dapat diatasi. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai sejauh mana teknik intervevsi yang digunakan dalam kajian berkesan meningkatkan keupayaan responden menguasai bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki. Kajian ini bertujuan membantu murid menguasai kemahiran bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki.

14

3.2Objektif Khusus

iMengenal pasti keupayaan murid mengenal huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki.

iiMembantu murid menguasai kemahiran bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki menggunakan teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah.

iiiMengkaji keberkesanan teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah dalam membantu murid menguasai kemahiran hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki.

ivMengkaji perubahan tingkah laku murid semasa intervensi dijalankan.

3.3Persoalan Kajian

i.Apakah tahap keupayaan murid dalam mengenal huruf- huruf Ikhfa’ Hakiki?

ii Adakah murid dapat menguasai kemahiran bacaan hukum

Ikhfa’Hakiki dengan menggunakan teknik Latih Tubi Talaqqi

Musyafahah?

iii.Adakah teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah berkesan dalam membantu murid menguasai kemahiran bacaan Ikhfa’Hakiki?

iv.Adakah terdapat perubahan tingkah laku murid semasa intervensi dijalankan?

15

4.0KUMPULAN SASARAN

Responden kajian ini adalah murid Tahun Enam B di SK Tampi-Tampi Semporna. Responden dari latar belakang keluarga nelayan, pekebun dan peniaga. Kajian ini melibatkan sepuluh orang responden, lima orang lelaki dan lima orang perempuan. Pemilihan responden dibuat berdasarkan pencapaian paling lemah dalam ujian diagnostik yang diadakan bertujuan untuk memilih responden kajian. Selain memperoleh markah paling rendah dalam ujian diagnostik, responden juga mempunyai rekod penguasaan bacaan al Quran yang tidak memuaskan. Ini dapat dirujuk dengan meyemak rekod penguasaan dan analisis pencapaian tasmik al Quran program j-QAF. Fakta ini dikuatkan oleh semakan buku latihan murid dan pemerhatian pengkaji semasa mengajar bidang Tilawah al Quran.

16

5.0TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1Prosedur Kajian

Kajian tindakan ini berpandukan pendekatan kajian oleh Kurt Lewin (1948). Kajian ini telah dilaksanakan penuh komitmen dan beretika. Menurut Resnick (2011), Etika adalah suatu norma atau nilai-nilai yang boleh diterima dan sebaliknya. Pemilihan instrumen kajian adalah berdasarkan kepada keupayaan mencapai objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Kejituan proses mengutip dan menganalisis data adalah berasaskan langkah-langkah tersusun, sistematik dan berdisiplin. Ini untuk menjamin kesahan (validity) dan kebolehpercayaan dapatan kajian.

Kenal Pasti Amalan

Refleksi Perancangan

Pemerhatian Tindakan

Rajah 5.1: Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin ( 1948)

17

(a)Mengenalpasti Aspek Amalan

Sebelum melaksanakan kajian pengkaji terlebih dahulu membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu. Langkah ini bertujuan untuk menentukan dan mengenal pasti isu dan masalah kritikal yang berlaku. Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti pengkaji merangka satu pelan tindakan kajian. Pengkaji menentukan objektif yang hendak dicapai dan menentukan persoalan kajian yang perlu dijawab oleh hasil kajian. Pengkaji menentukan langkah-langkah yang komprehensif bertujuan untuk mempastikan kajian dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kaedah atau teknik intervensi ditetapkan berdasarkan kesesuaian keupayaan pembelajaran responden. Ini bertujuan memudahkan responden memahami kemahiran yang diajar. Menurut Piaget (1962) kemahiran pembelajaran haruslah sesuai dengan kemampuan pembelajaran murid.

Selain itu tindakan dalam memilih teknik intervensi yang diaplikasikan adalah berdasarkan pertimbangan teknik ini difikirkan berkesan membantu memulihkan responden. Instrumen kajian ditentukan berdasarkan kemampuan mendapatkan data yang tepat. Data yang tepat adalah data konsisten yang dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian.

(b)Perancangan

Pengkaji membuat rujukan mencari laporan beberapa kajian lain untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan isu kajian ini. Walau bagaimanapun hampir kesemua laporan-laporan kajian lepas tidak bersangkut paut dengan kajian ini. Pengkaji mengadaptasi model kajian tindakan oleh Kurt Lewin (1948) dengan pendekatan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif sebagai reka bentuk kajian.

18

Fokus untuk mendapatkan dapatan kajian adalah melalui pemerhatian perubahan tingkah laku responden. Kajian juga mendapatkan data melalui analisis penilaian dan pengiraan skor-skor dan peratus yang dicapai oleh responden dalam ujian yang dijalankan. Pengkaji menggunakan set ujian Pra (Lampiran B) dan set ujian Pos (Lampiran C) dan Empat senarai semak sebagai instrumen kajian (Lampiran D, E, F G dan H).

Data yang diperoleh daripada keputusan ujian Pra dan ujian Pos dijadikan maklumat dapatan kajian. Maklumat mengenai perubahan tingkah laku responden sebelum dan selepas intervensi kajian direkod ke dalam Senarai Semak Perubahan Tingkahlaku Pembelajaran Responden Sebelum dan Selepas Intervensi (Lampiran G dan Lampiran H). Data yang diperoleh melalui senarai semak ini dapat menjelaskan sikap dan penerimaan responden terhadap teknik intervensi yang digunakan. Intervensi dijalankan lima hari dalam seminggu iaitu setiap Isnin hingga Jumaat. Sesi intervensi dilaksanakan selama 30 minit dan mengambil tempoh 30 kali sesi intervensi atau 1 bulan lebih keseluruhannya.

(c)Tindakan

Berdasarkan isu kajian pengkaji memilih responden kajian dari kelompok murid yang paling lemah sekali. Sebelum itu pengkaji terlebih dahulu mengadakan ujian diagnostik (Lampiran A) ke atas murid Kelas Tahun Enam B yang melibatkan 30 orang murid kesemuanya. Ujian ini bertujuan mengenalpasti murid yang dipilih sebagai responden kajian. Murid dinilai dari segi kebolehan membaca suku kata atau kalimah dengan bacaan ikhfa’. Ujian ini mengandungi 10 suku kata atau kalimah dengan skor penuh 10 markah (100%). Satu markah mewakili satu bacaan yang

19

betul. Murid yang gagal melepasi 30% markah (tahap lemah) dianggap paling lemah dan dipilih sebagai responden dalam kajian. Skor penilaian yang digunakan adalah seperti pada Jadual 5.1.

Jadual 5.1 : Skor Ujian Diagnostik

Skor

Prestasi

 

 

0 - 3

Lemah

4 - 6

Sederhana

7 – 8

Baik

9 – 10

Sangat Baik

 

 

Analisis ujian Diagnostik mendapati lima orang murid (17%) tidak dapat membaca tujuh daripada sepuluh kalimah di dalam kertas ujian Diagnostik, tiga orang (10%) tidak dapat membaca lapan kalimah manakala dua orang (7%) lagi sama sekali tidak boleh membaca. Berdasarkan keputusan ujian Diagnostik sepuluh orang murid ini dipilih sebagai responden kajian.

Kajian ini melibatkan pengkaji sendiri bersama 10 orang responden dari murid kelas Tahun Enam. Kajian dijalankan pada waktu pengajaran bidang Tilawah al Quran. Tujuannya untuk menjamin kelancaran dan keberkesanan intervensi kerana dibimbangi terdapat responden kajian yang tidak menghadirkan diri jika intervensi dilaksanakan di luar masa persekolahan. Intervensi dilaksanakan lima kali seminggu dengan peruntukan masa 30 minit setiap intervensi. Intervensi yang dijalankan akan mengaplikasikan aktiviti tunjuk cara, sebutan berulang kali dan aktiviti soal jawab.

Ini adalah kaedah asas bagi pengajaran dan pembelajaran Tilawah al Quran. Menurut

Zainal

(1990),

bagi menguasai bacaan

al-Quran yang betul dan

tepat proses

pengajaran dan

pembelajaran al-Quran

perlu dilakukan secara

talaqqi dan

 

 

20

 

 

mushafahah. Mengikut Rohizani Yakub et al., (2005) pula, pengajaran al Quran adalah pendidikan berbentuk arahan, tunjuk cara dan penambahbaikan.

Intervensi yang dilaksanakan memakan masa tempoh satu bulan mengikut bilangan kemahiran huruf Ikhfa’ Hakiki. Setiap huruf Ikhfa’ Hakiki diajarkan dalam tempoh 2 hari. Hari pertama untuk aktiviti penerangan, tunjuk cara dan latih tubi menyebut dan membaca. Hari kedua untuk aktiviti menyebut dan membaca secara latih tubi berkumpulan dan individu seterusnya aktiviti tasmik dan pengesahan bacaan oleh pengkaji. Ujian Pra berbentuk kertas pensil terlebih dahulu diadakan untuk mengesan kebolehupayaan responden kajian mengesan bacaan Ikhfa’ Hakiki serta keupayaan mengecam huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki. Penguasaan kemahiran diukur berdasarkan kebolehan mengecam dan menulis huruf Ikhfa’ Hakiki serta kebolehan mengecam suku kata yang dibaca dengan ikhfa’. Hasil keputusan ujian yang diperoleh dijadikan asas oleh pengkaji untuk merangka langkah intervensi berpandukan pendekatan Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM). Contoh-contoh huruf dan kalimah dipamerkan menggunakan kad imbasan dan carta huruf untuk mempermudahkan responden memahami dan mengenal huruf serta menguasai bacaan kalimah. Kemahiran disampaikan dari yang mudah kepada susah bagi membolehkan responden mengikuti intervensi dengan perasaan seronok dan dapat melibatkan diri secara aktif serta mengelakkan berlaku suasana tegang yang membosankan.

21

Contoh Bahan Carta Huruf dan Kad Kalimah,

صش س ز ذد ج ث ت

كق ف ظط ض

Carta Huruf

Huruf Zo adalah huruf Ikhfa Hakiki

Kaedah

نHuruf Nun Mati Bertemu ظDibaca Ikhfa

Contoh

نوﺮــــﻈـــﻨــــﯾ

Kalimah/Sukukata Dibaca Ikhfa

Rajah 5.2: Bahan Bantu Belajar

Selain itu langkah memberi motivasi dan penghargaan juga dilakukan untuk menimbulkan rasa yakin diri kepada responden. Ini untuk menjamin intervensi yang dijalankan berjaya mencapai objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Selepas selesai intervensi ujian Pos dijalankan bertujuan mengesan perubahan penguasaan

22

responden selepas menjalani intervensi. Analisis data ditunjukkan dalam bentuk jadual, graf dan pelaporan.

(i)Intervensi Yang Dijalankan

Selepas murid menjalani ujian Pra, pengkaji telah memaklumkan dan meminta responden agar bersedia menjalani kelas pemulihan kemahiran membaca hukum Ikhfa’ Hakiki. Pengkaji juga menerangkan bahawa kelas ini akan diadakan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan menggunakan teknik pembelajaran bacaan Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) iaitu aktiviti latih tubi menyebut dan membaca berulang kali secara bersemuka dengan guru seorang demi seorang.

Sebelum pengkaji memulakan sesi intervensi selama 30 hari, pengkaji terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan responden untuk menerangkan makna serta cara-cara pembelajaran Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) kepada responden. Responden diingatkan agar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan menunjukkan kesungguhan mengikuti intervensi. Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dimulai dengan aktiviti mengenal dan menyebut huruf- huruf Ikhfa’ Hakiki mengikut makhraj yang betul. Berikutnya langkah memberi penerangan dan memperihal makhraj huruf berbantukan kad-kad huruf.

23

Hari berikutnya, selepas mengadakan perjumpaan dengan responden, pengkaji memulakan sesi intervensi. Tempoh intervensi adalah 30 hari, 30 minit setiap sesi bersamaan dengan 900 jam keseluruhannya. Aktiviti mengecam dan menyebut huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki secara berkumpulan mulai huruf pertama hingga huruf yang ke-15 dilakukan pada setiap kali memulakan intervensi. Ini dilakukan dengan berbantukan kad carta huruf dan gambar lakaran makhraj huruf. Aktiviti ini juga adalah sebagai mukaddimah setiap kali memulakan sesi Intervensi. Ia bertujuan sebagai langkah pemantapan kemahiran dan untuk mengelakkan lupaan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran semua sesi intervensi adalah tetap dan sama, bermula dengan huruf yang pertama hingga huruf yang ke-15.

(ii)Langkah Pengajaran dan Pembelajaran Intervensi

Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dalam setiap kali sesi intervensi adalah sama. Langkah-langkah ini mengikut kerangka pengajaran dan pembelajaran yang telah pengkaji tentukan lebih awal. Adakalanya berlaku perubahan pada aktiviti- aktiviti yang jalankan. Hal ini terjadi berdasarkan keperluan dan hasil tindak balas responden semasa intervensi. Wujud keadaan di mana pengkaji harus memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada seorang dua responden atas sebab tujuan untuk memberi penerangan dan lebih kefahaman.

Intervensi yang dilaksanakan mengaplikasikan langkah-langkah berikut:

Langkah 1. Memulakan intervensi dengan menyebut huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki cara kumpulan dengan sekali atau dua kali pusingan. Aktiviti ini dilakukan sebagai mukaddimah sesi intervensi. Selain itu, ia bertujuan untuk mengukuhkan hafalan huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki oleh responden.

24

Langkah 2. Menunjukkan huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki berbantukan bahan seperti kad huruf atau carta huruf kemudian memberi penerangan mengenai makhraj huruf.

Langkah 3. Menunjukkan kalimah atau sukukata yang mengandungi amalan bacaan Ikhfa’ Hakiki kemudian memberi penerangan dan menunjuk cara mengikhfa’kan bacaan.

Langkah 4. Membimbing responden mengikhfa’kan bacaan sukukata atau kalimah secara kumpulan dan individu berulangkali.

Langkah 5. Responden membaca ikhfa’ sukukata atau kalimah secara kumpulan dan individu berulang kali sehingga mahir.

Langkah 6. Responden mentasmikkan bacaan ikhfa’ di hadapan pengkaji secara individu berulang kali.

Langkah 7. Pengkaji mengamati tasmik bacaan responden dan memberi bimbingan.

Langkah 8. Pengkaji mengesahkan sebutan atau bacaan responden yang betul kemudian merekodkannya dalam Senarai Semak Kemahiran Semasa Intervensi.

(d)Mengutip Data

Data dikumpul daripada hasil keputusan penguasaan ujian Pra dan ujian Pos. Keputusan ujian Pra dan ujian Pos direkod untuk tujuan perbandingan penguasaan responden. Keputusan kedua-dua ujian ini disemak dan dihitung secara manual.

25

Penilaian dibuat berdasarkan jumlah skor mentah dan jumlah peratusan. Data daripada dua ujian ini ditunjukkan melalui jadual dan paparan graf. Data daripada Senarai Semak Keputusan Ujian Pos (Lisan), Senarai Semak Kemahiran Semasa Intervensi, Senarai Semak Berkelompok Kemahiran Bacaan Ikhfa’ Selepas Intervensi dan Senarai Semak Perubahan Tingkah laku Pembelajaran Responden Sebelum Dan Selepas Intervensi dikumpul dan dianalisis untuk menentukan kemajuan penguasaan kemahiran oleh responden, melihat perubahan tingkah laku responden serta membuat penilaian ke atas kekuatan dan kelemahan kajian. Selain itu, kesemua data ini juga digunakan untuk menilai keberkesanan dan kemampuan teknik intervensi yang digunakan sama ada ia dapat membantu mengatasi masalah responden atau sebaliknya.

(e)Membuat Refleksi

Refleksi kajian dilakukan dengan merujuk kepada hasil dan rekod pemerhatian dan penilaian ujian Pra dan ujian Pos. Melalui data-data senarai semak yang digunakan kesimpulan dapat dibuat bagi menentukan samada kajian yang telah dilaksanakan berjaya mengatasi masalah responden atau sebaliknya. Hasil yang diperoleh dari rumusan dan refleksi digunakan pula untuk tujuan mengemukakan beberapa syor penambahbaikan untuk kajian selanjutnya.

26

6.0CARA MENGUMPUL DATA

Kajian ini adalah kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh diproses dan dianalisis berdasarkan pengiraan angka dan penilaian tahap penguasaan prestasi. Data kuantitatif diproses dengan mengira perolehan skor dan ditunjukkan dalam bentuk markah sebenar dan peratusan. Data kualitatif pula diproses dengan menilai tahap penguasaan dan ditunjukkan dalam bentuk gred atau kategori.

6.1Instrumen Untuk Mendapatkan Data Kajian

Kajian ini menggunakan Instrumen ujian Pra dan ujian Pos. Instrumen ini untuk mengesan kemajuan responden selepas responden menjalani intervensi. Sebelum itu pengkaji telah menjalankan ujian diagnostik (Lampiran A) untuk menentukan murid yang akan menjadi responden kajian. Seramai 10 daripada 30 orang murid kelas Tahun Enam B telah dipilih sebagai responden. Mereka hanya mampu memperoleh peratusan markah 30% paling tinggi dalam ujian yang diadakan.

Selain instrumen ujian, empat senarai semak juga digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan maklumat kemajuan pencapaian dan penguasaan kemahiran oleh responden, untuk mengesan perubahan tingkah laku pembelajaran responden serta untuk melihat tindakbalas responden terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam intervensi. Empat senarai semak itu adalah Senarai Semak Keputusan Ujian Pos (Lisan), Senarai Semak Kemahiran Semasa Intervensi, Senarai Semak Berkelompok Kemahiran Bacaan Ikhfa’ Selepas Intervensi dan Senarai Semak Perubahan Tingkah laku Pembelajaran Responden Sebelum Dan Selepas Intervensi.

27

6.1.1 Ujian Pra dan Ujian Pos

Instrumen Ujian Pra diadakan sebelum memulakan intervensi. Tujuannya untuk mendapatkan makumat awal tentang tahap kebolehan kemahiran responden mengenal huruf ikhfa’ dan suku kata yang dibaca ikhfa’. Ujian Pra mengandungi dua item iaitu untuk mengecam huruf ikhfa’ dan mengenal pasti suku kata bacaan ikhfa’. Sementara ujian Pos pula bertujuan untuk menguji keberkesanan kaedah LTTM selepas diberi intervensi. Ujian Pos mengandungi tiga item yang meliputi item pengecaman huruf-huruf ikhfa’, penentuan suku kata yang dibaca dengan ikhfa’ dan membaca ayat-ayat terpilih.

6.1.2 Senarai Semak Keputusan Ujian Pos (Lisan)

Instrumen ini digunakan untuk merekod penguasaan responden membaca kalimah- kalimah Ikhfa’ Hakiki yang terdapat pada Ujian Pos (Lampiran D).

6.1.3 Senarai Semak Kemahiran Semasa Intervensi

Instrumen Senarai Semak Kemahiran Semasa Intervensi (Lampiran E) adalah catatan kemahiran responden mengikhfa’kan bacaan contoh-contoh kalimah yang dipelajari semasa intervensi. Bacaan setiap responden disemak dan dikategorikan kepada tahap Lemah, Sederhana dan Baik. Tahap kemahiran responden mengaplikasikan bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki dikategorikan berdasarkan ketepatan mengikhfa’kan bacaan. Penguasaan kemahiran oleh responden direkod semasa aktiviti responden mentasmikkan bacaan di hadapan pengkaji secara individu.

28

6.1.4Senarai Semak Berkelompok Kemahiran Bacaan Ikhfa’ Selepas Intervensi

Instrumen Senarai Semak Berkelompok Kemahiran Bacaan Ikhfa’ Hakiki Selepas Intervensi (Lampiran F) adalah senarai semak bacaan bertahap. Rekod yang terdapat dalam senarai semak ini adalah catatan kemahiran dari Senarai Semak Kemahiran Semasa Intervensi yang telah dikelompokkan selepas intervensi berakhir. Aplikasi bacaan ikhfa’ dikategorikan kepada Lemah, Sederhana dan Baik. Tahap kemahiran responden mengaplikasikan bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki dikategorikan berdasarkan ketepatan bacaan berdasarkan makhraj huruf. Ini kerana kaedah hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki harus menepati sifat dan makhraj huruf dan tidak semata-mata mengikhfa’kan bacaan. Namun begitu, dalam kajian ini ketepatan mengikhfa’kan bacaan menepati makhraj huruf dinilai pada aras ketepatan yang paling minimum dan tidaklah berdasarkan ketepatan mutlak seperti yang ditentukan dalam kaedah ilmu tajwid.

6.1.5 Senarai Semak Perubahan Tingkah laku Pembelajaran Responden

Instrumen Senarai Semak Perubahan Tingkah laku Pembelajaran Responden Sebelum Intervensi(Lampiran G) bertujuan untuk mengesan tingkah laku responden terhadap pengajaran dan pembelajaran sebelum intervensi. Senarai Semak Perubahan Tingkah Laku Pembelajaran Responden juga direkodkan selepas selesai intervensi(Lampiran H). Ia bertujuan mengesan keberkesanan teknik intervensi menarik perhatian dan mendorong minat responden untuk belajar. Instrumen ini juga dapat menjelaskan persepsi dan penerimaan responden terhadap teknik yang digunakan dalam intervensi. Data semakan ini dijadikan penanda aras kepada perubahan tingkah laku pembelajaran responden.

29

6.2Cara Analisis Data

Semua data yang diperoleh, dikumpul kemudian diproses untuk diterjemah dan diletakkan nilai. Kesemua analisis data dari ujian Pra, ujian Pos dan semua senarai semak menggunakan statistik kekerapan, min dan peratus.

30

7.0ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Kajian ini bertujuan membantu murid menguasai kemahiran bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki. Responden telah menjalani intervensi untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca hukum Ikhfa’ Hakiki. Tinjauan awal sebelumnya mendapati responden sangat lemah dalam menguasai kemahiran hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki malah terdapat dalam kalangan mereka yang sama sekali tidak mengenal huruf-huruf Ikhfa’Hakiki.

7.1Analisis Ujian Pra

Tujuan ujian pra adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan responden dalam mengecam huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki dan mengesan suku kata Ikhfa’ Hakiki di dalam kalimah. Analisis data dipersembahkan dalam Graf 1.

MARKAH UJIAN PRA

Markah(%)

40

35

30

25

20

15

10

5

0

R 1

R 2

R 3

R 4

R 5

R 6

R 7

R 8

R 9

R 10

Responden

Graf 1: Markah Responden Ujian Pra

31

Daripada Graf 1 didapati kesemua responden tidak dapat mengecam huruf dan mengesan suku kata ikhfa’ di dalam kalimah dengan tepat. Pencapaian penguasaan responden hanya di bawah 40% sahaja. Hanya dua orang responden mendapat skor melebihi 30% dan 20%, manakala enam responden lagi hanya mendapat skor kurang dari 20%. Ini menjelaskan bahawa tahap penguasaan responden mengecam huruf Ikhfa’ Hakiki dan mengesan suku kata Ikhfa’ Hakiki di dalam kalimah adalah rendah dan ketara amat lemah sekali.

7.2Analisis Senarai Semak Berkelompok Kemahiran Bacaan Ikhfa’ Hakiki Selepas Intervensi

Data yang tercatat di dalam Rekod Senarai Semak Berkelompok adalah data yang yang menjelaskan bahawa teknik LTTM adalah berkesan dan ditunjukkan dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Analisis Senarai Semak berkelompok Selepas Intervensi

Bil

Responden

Tahap Penguasaan Bacaan Ikhfa’

 

 

 

 

 

 

 

 

Lemah

Sederhana

Baik

 

 

 

 

1

Responden 1

 

/

2

Responden 2

/

 

3

Responden 3

/

 

4

Responden 4

/

 

5

Responden 5

/

 

6

Responden 6

 

/

7

Responden 7

 

/

8

Responden 8

 

/

9

Responden 9

 

/

10

Responden 10

 

/

32

Jadual 7.1 menunjukkan tahap penguasaan bacaan responden selepas intervensi dan dikategorikan kepada tiga tahap, iaitu Lemah, Sederhana dan Baik. Seramai enam orang responden mencapai tahap bacaan Baik dan empat orang pada tahap Sederhana. Berdasarkan analisis ini, menunjukkan teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) berkesan untuk diaplikasikan semasa menerapkan kemahiran membaca hukum Ikhfa’ Hakiki.

7.3Perbandingan Analisis Ujian Pra dan Pos

Kajian tindakan ini juga bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah LTTM. Bagi menentukan keberkesanan kaedah ini, dibuat perbandingan skor ujian Pra dan Pos dan ditunjukkan dalam Jadual 7.2. Jadual 7.2 menunjukkan perbandingan penguasaan responden dalam ujian Pra dan ujian Pos.

Jadual 7.2: Perbandingan Penguasaan Responden Dalam Ujian Pra Dan Pos

Tahap

Ujian Pra

 

 

Ujian Pos

 

 

 

 

 

 

Bilangan

Peratus

Bilangan

Peratus

 

 

 

 

 

 

Lulus

Gagal Lulus

Gagal

Lulus Gagal

Lulus

Gagal

 

 

 

 

 

 

 

Sangat

 

 

 

2

20

 

Baik

 

 

 

 

 

 

Baik

 

 

 

5

50

 

Sederhana

2

20

 

3

30

 

Lemah

 

8

80

0

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berdasarkan data Jadual 7.2 didapati responden telah menunjukkan peningkatan penguasaan. Ujian Pos mencatatkan keputusan 100% lulus berbanding ujian Pra, di mana hanya dua orang responden sahaja lulus dengan tahap penguasaan

sederhana. Penguasaan responden dalam Ujian Pos adalah dua orang responden 33

mendapat tahap Sangat Baik, lima orang mendapat tahap Baik dan tiga orang responden mendapat tahap Sederhana. Data ini menunjukkan kajian ini berjaya mencapai objektif kajian iaitu mengkaji keberkesanan kaedah LTTM untuk membantu responden menguasai kemahiran mengenal huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki dan bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki.

Perbandingan pencapaian markah responden dalam ujian Pra dan Pos dapat diteliti melalui Graf 2.

MARKAH UJIAN PRA

Markah(%)

40

30

20

10

0

R 1

R 2

R 3

R 4

R 5

R 6

R 7

R 8

R 9

R 10

Responden

MARKAH UJIAN POS

Markah(%)

100

80

60

40

20

0

R 1

R 2

R 3

R 4

R 5

R 6

R 7

R 8

R 9

R 10

Responden

Graf 2: Perbandingan Markah Responden Dalam Ujian Pra dan Pos

34

7.4Analisis Senarai Semak Keputusan Ujian Lisan

Keputusan ujian lisan dicatatkan di dalam Senarai Semak Keputusan Ujian Lisan.

Keputusan ujian menunjukkan semua responden sudah dapat membaca semua

kalimah yang mengandungi hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki. Ini menjelaskan responden

sudah dapat mengecam kalimah-kalimah yang dibaca dengan bacaan ikhfa’.

Keputusan dan penguasaan responden dalam Ujian Pos (Lisan) ditunjukkan pada

Jadual 7.3.

Jadual 7.3: Tahap Penguasaan Responden dalam Ujian Pos (Lisan)

 

Keupayaan Menguasai Amalan Bacaan Ikhfa’ Hakiki Semasa

Responden

Membaca Kalimah-Kalimah Di Dalam Ujian Pos

 

 

 

 

Menguasai Amalan

Tidak Menguasai Amalan

 

Bacaan Ikhfa’ Hakiki

Bacaan Ikhfa’ Hakiki

 

 

 

R 1

Menguasai

 

R 2

Menguasai

 

R 3

Menguasai

 

R 4

Menguasai

 

R5

Menguasai

 

R 6

Menguasai

 

R 7

Menguasai

 

R 8

Menguasai

 

R 9

Menguasai

 

R 10

Menguasai

 

 

 

 

Terdapat perbezaan penguasaan di antara keputusan ujian Pos Bertulis dengan

keputusan ujian Pos Lisan. Keputusan ujian bertulis menunjukkan tidak kesemua

responden dapat menjawab soalan yang berkaitan kalimah yang mengandungi hukum

bacaan Ikhfa’ Hakiki dengan betul. Sementara keputusan ujian lisan menunjukkan

hal sebaliknya, di mana kesemua responden dapat membaca kalimah-kalimah itu

dengan bacaan ikhfa’. Perlu dinyatakan di sini, dalam ujian bertulis responden

menjawab soalan sebagaimana lazimnya menduduki ujian. Justeru faktor lupaan

35

boleh mempengaruhi jawapan responden. Manakala dalam ujian lisan responden

dikehendaki membaca kalimah-kalimah yang terdapat dalam kertas soalan di hadapan pengkaji. Dalam proses pengujian ini berjalan pengkaji memberi teguran bacaan yang salah dengan meminta responden agar mengamati kalimah-kalimah tersebut dan memberi ingat kaedah bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki. Dengan itu responden dapat membuat semakan dan membetulkan kesalahan bacaan. Dalam hal ini responden sudah dikira lulus. Tahap penguasaan responden membaca kalimah-kalimah dalam ujian Pos Lisan ditunjukkan di dalam Jadual 7.4.

Jadual 7.4: Bilangan Responden Dapat Membaca Ikhfa’ Kalimah Yang Terkandung Dalam Kertas Ujian Pos(Lisan)

Bil Kalimah Dalam

Bilangan

Bilangan

Bilangan

Kertas Ujian Pos

Responden Yang

Responden Yang

Responden

 

Membaca Ikhfa’

Membaca Ikhfa’

 

 

Kalimah Dalam

Kalimah Dalam

 

 

Kerta Ujian Pos

Kertas Ujian Pos

 

 

Dengan Baik

Dengan

 

 

 

Sederhana

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

ﺔﺑذﺎﻛَﺔﯿﺻﺎَﻧ

ﺔﻤـﯿـَﺐٌﻗﺘـﻛ

ﺔﯾرﺎﺟ ﻦٌﯿْﻋ

ﺮﺷَﻦْﻣ

ﺖﻠـﻘـﺛﻦْﻣ

ﮫَﻨﻟﺰَــﻧأ

ﻢﮭﺗﻼَﺻﻦْـﻋ ﺮﱠﺷَا رﱠذة

ﻊﯾْﺮﺿﻦْﻣ

نَوْﺮُﻈﻨَﯾ

3

7

10

 

 

 

 

4

6

10

 

 

 

 

4

6

10

 

 

 

 

3

7

10

 

 

 

 

3

7

10

 

 

 

 

3

7

10

 

 

 

 

4

6

10

 

 

 

 

3

7

10

 

 

 

 

4

6

10

 

 

 

 

4

6

10

36

Keseluruhannya responden dapat membaca dengan ikhfa’ kalimah-kalimah di dalam ujian Pos Lisan. Purata 60% - 70% responden dapat mengikhfa’kan bacaan pada tahap Sederhana. Sementara 30% - 40% lagi dapat mengikhfa’kan bacaan pada tahap Baik. Kekurangan responden yang dikenal pasti hanya dari segi ketepatan aplikasi bacaan ikhfa’ sahaja. Dari segi aspek kaedah responden sudah dapat menguasai dan memahami teori amalan bacaan hukum Ikhfa’. Ini menjelaskan objektif membantu responden menguasai kemahiran bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki sudah dapat dicapai.

7.5Analisis Senarai Semak Perubahan Tingkahlaku

Instrumen Senarai Semak Perubahan Tingkahlaku Pembelajaran Responden bertujuan mengesan perubahan tingkah laku sebelum intervensi dijalankan. Analisis berkenaan dapat dilihat dalam Jadual 7.5.

Jadual 7.5 : Analisis Tingkah laku Responden Sebelum Intervensi

Item

Tingkah Laku Responden Sebelum

Berlaku

Tidak Berlaku

 

Intervensi

 

 

1

Berminat mengikuti proses pengajaran.

 

Tidak Berlaku

2

Menumpukan perhatian kepada

 

Tidak Berlaku

 

pengajaran guru.

 

 

3

Suka menjawab soalan guru.

 

Tidak Berlaku

4

Berkomunikasi dengan guru.

 

Tidak Berlaku

5

Bosan mengikuti proses pengajaran.

Berlaku

 

6

Suka memberi perhatian hal-hal di luar

Berlaku

 

 

kelas

 

 

7

Tidak suka disoal oleh guru

Berlaku

 

8

Berbual semasa guru mengajar

Berlaku

 

 

 

 

 

37

Jadual 7.5 menunjukkan empat item negatif iaitu item 5, 6, 7, dan item 8 berlaku sebelum intervensi dijalankan. Responden bosan mengikuti proses pengajaran dengan bersikap selamba dan acuh tidak acuh. Responden suka mengambil perhatian perkara yang berlaku di luar kelas. Semasa pengkaji menyampaikan pengajaran responden suka berbual-bual antara satu sama lain. Ini menyebabkan mereka tidak mengetahui dan memahami pelajaran yang disampaikan. Justeru responden tidak suka disoal oleh guru dengan bersikap diam diri atau menjawab tidak tahu.

Analisis perubahan tingkah laku responden selepas teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) dijalankan, juga dibuat dan ditunjukkan dalam Jadual 7.6.

Jadual 7.6: Analisis Perubahan Tingkah laku Responden Selepas Intervensi

Item

Tingkah Laku Responden Selepas

Berlaku

Tidak Berlaku

 

Intervensi

 

 

 

1

Berminat mengikuti proses pengajaran.

Berlaku

 

 

2

Menumpukan perhatian kepada

 

 

 

 

pengajaran guru.

Berlaku

 

 

3

Suka menjawab soalan guru.

Berlaku

 

 

4

Berkomunikasi dengan guru.

Berlaku

 

 

5

Bosan mengikuti proses pengajaran.

 

Tidak

Berlaku

6

Suka memberi perhatian hal-hal di luar

 

Tidak

Berlaku

 

kelas

 

 

 

7

Tidak suka disoal oleh guru.

 

Tidak

Berlaku

8

Berbual semasa guru mengajar

 

Tidak Berlaku

Jadual 7.6 menunjukkan empat item positif iaitu item 1, 2, 3 dan item 4 berlaku selepas responden menjalani intervensi. Ini menjelaskan bahawa telah berlaku

38

perubahan positif kepada tingkah laku responden terhadap pengajaran. Responden menunjukkan minat belajar dan menumpukan perhatian kepada pengajaran pengkaji. Mereka juga memberi respon positif kepada soalan pengkaji. Responden dilihat suka menjawab soalan dan suka diberi perhatian untuk disoal. Responden tidak lagi berbual semasa pengajaran dijalankan malah lebih suka mengadakan komunikasi dengan pengkaji.

Berdasarkan analisis data dari Jadual 7.5 dan 7.6, perubahan positif ini sudah pun mula berlaku semasa pertengahan tempoh intervensi dilaksanakan lagi. Berlaku komunikasi dua hala antara pengkaji dan responden. Situasi ini terjadi kerana responden sudah mula mempunyai keyakinan diri dan menunjukkan minat belajar. Responden berkeyakinan mengemukakan pertanyaan kepada pengkaji atau menjawab soalan daripada pengkaji. Hal ini menjelaskan keberkesanan teknik intervensi menarik perhatian dan minat responden untuk belajar.

39

8.0RUMUSAN DAN REFLEKSI KAJIAN

Kajian ini memberikan gambaran tentang keberkesanan teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) yang digunakan dalam sesi intervensi. 10 orang responden yang mengikuti sesi intervensi telah berjaya dibantu menguasai kemahiran berkaitan hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki. Kajian ini membantu mewujudkan kepelbagaian teknik dan langkah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Dapatan ini selaras dengan saranan Aderi dan Rohani (2009) di mana pentingnya guru-guru Pendidikan Islam memperkasakan kemahiran teknik pengajaran Tilawah al-Quran. Teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) telah lama wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Hanya mungkin dalam arus zaman Teknologi Sumber ini teknik latih tubi hampir semakin dilupakan. Kajian ini juga telah membantu memperkasakan teknik dan langkah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang diamalkan oleh pengkaji khususnya dalam bidang Tilawah al Quran.

Keseluruhannya, kajian ini telah membantu responden mengubah tingkah laku negatif kepada sikap dan tingkahlaku positif iaitu memberi tindak balas memberangsangkan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian ini responden dapat mengatasi masalah yang membelenggu mereka sebelum ini. Selepas intervensi dilaksanakan responden telah dapat menguasai kemahiran bacaan hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki dengan baik. Dapatan ini bertentangan dengan kajian Aminah (1997) di mana sebahagian besar murid mempunyai minat, kecenderungan dan sikap yang sederhana terhadap program tilawah. Pengkaji percaya tempoh pelaksanaan kajian ini belum memadai, justeru perlu tempoh waktu ditambah untuk mendapatkan hasil kajian yang maksimum.

40

Kajian ini membawa implikasi yang mendalam dalam diri pengkaji. Implikasi yang mendorong pengkaji untuk menilai semula amalan pengajaran pengkaji selama ini. Dalam tempoh masa melaksanakan kajian, pengkaji dapat membuat rumusan tentang pentingnya amalan mereflek amalan pengajaran sendiri. Amalan mereflek pengajaran lalu memungkinkan keupayaan mengesan kelemahan dan kekurangan kaedah dan teknik yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya dapat pula mencetuskan idea bertindak mencari penyelesaian masalah. Kajian ini juga dapat mempertingkatkan amalan profesionalisma keguruan dalam diri pengkaji. Tindakan secara kolaboratif dan bersepadu dapat menjamin kejayaan pelaksanaan sesuatu program. Hubungan dan kerjasama erat antara guru dengan guru, guru dengan murid, ibu bapa serta kalangan pihak berkepentingan dalam pendidikan dapat membantu merealisasikan matlamat memperkasakan pendidikan.

Pengkaji berhasrat untuk membuat kajian lain pada masa akan datang. Sesuai dengan pengkhususan matapelajaran Pendidikan Islam, pengkaji akan menggunakan teknik yang sama untuk mengkaji masalah yang berhubungkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Sudah tentu langkah ini dengan beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan bagi tujuan lebih memperkasakan lagi teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM).

Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) berkesan mendorong minat responden untuk belajar. Dengan minat dan kesungguhan belajar responden telah dapat mengenal huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki dengan mudah, mengamalkan bacaan ikhfa’ serta memahami kaedah hukum

41

bacaan Ikhfa’ Hakiki. Sebelumnya responden dilihat seolah-olah tidak mempunyai peluang untuk menguasai kemahiraan ini. Melalui intervensi yang dilaksanakan kesemua responden dapat menguasai amalan bacaan hukum Ikhfa’ Hakiki dengan baik walaupun dengan peringkat tahapan yang berbeza-beza. Tegasnya kajian ini berjaya dijalankan mengikut perancangan pelan tindakan yang telah ditetapkan.

42

9.0CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Kajian ini mencetuskan satu perubahan positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran responden. Dapatan kajian menunjukkan teknik intervensi yang digunakan berkesan memulihkan kelemahan responden dan dapat membantu mengatasi masalah mereka dengan menguasai kemahiran membaca hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki dengan baik. Dalam kajian akan datang pengkaji bercadang untuk menambah bilangan responden kajian. Sudah tentu pengkaji akan membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan yang perlu kepada teknik ini. Penambahbaikan dan pengubahsuaian ini bertujuan untuk memperkasakan lagi teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) agar pengamalannya menjadi lebih praktikal dan berkesan.

Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengaplikasikan sepenuhnya teknologi sumber pengajaran. Bahan bantu berbentuk audio visual seperti perakam audio, perisisan cereka padat, aplikasi power point dan lain sebagainya dapat memberi kesan optimum kepada pengajaran dan pembelajaran murid. Unsur warna juga boleh dimasukkan dan dimanipulasi secara maksimum sebagaimana yang terdapat pada mushaf al Quran hari ini. Unsur warna akan tonjolkan melalui penggunaan bahan sumber seperti peta minda, rajah pengurusan grafik, animasi, gambarajah dan carta.

Berdasarkan refleksi kajian yang dibuat, pengkaji mendapati teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) ternyata berjaya menerapkan kemahiran penguasaan bacaan hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki dengan sedikit unsur warna. Unsur

43

warna yang terdapat pada kad-kad imbasan membantu responden untuk memahami dan menguasai kemahiran dengan mudah dan cepat.

Selain itu ia dapat membantu penggunaan peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran dengan cekap. Teknik ini juga berkesan membantu menerapkan kemahiran-kemahiran ilmu Tajwid yang lain. Ini kerana kemahiran-kemahiran ilmu Tajwid adalah kemahiran yang melibatkan amalan sebutan huruf dan pembacaan kalimah atau sukukata. Justeru jika ada kesempatan, pengkaji ingin membuat kajian yang sama, menggunakan teknik yang sama untuk menerapkan kemahiran-kemahiran ilmu Tajwid yang lain. Dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pengkaji akan mengamalkan teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) untuk mengajar kemahiran-kemahiran yang bersesuaian khususnya dalam bidang Tilawah al Quran.

Keberkesanan Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) menjadikannya sebagai satu daripada kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, kepada guru Pendidikan Islam yang lain pengkaji mengesyorkan agar dapat mengaplikasikan teknik ini dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bidang Tilawah al Quran khususnya yang berkaitan dengan aspek ilmu Tajwid. Kepada pentadbir sekolah, pengkaji berharap dapat diadakan satu kursus dalaman mengenai teknik pengajaran ini. Pengkaji bersedia bertindak sebagai fasilitator memberi taklimat kepada rakan guru lain dan memberikan pendedahan secara terperinci tentang cara aplikasi teknik Latih Tubi Talaqqi Musyafahah (LTTM) dalam pengajaran dan pembelajaran.

44

RUJUKAN

Al Quran Al Karim. Surah al Muzammil: Ayat 4.

Abdul Halim El Muhammady. (1991). Pendidikan Islam, Falsafah Disiplin dan Peranan Pendidik. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Salam.

Abdul Raof Dalip. (1998). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Agama Islam di Sekolah Menengah. UKM: Bangi

Abdul Qadir Leong. (1998 ). Tajwid al-Quran rasm ‘Uthmani. Kuala Lumpur.

Abu Hassan Din Al Hafiz dan Harun Ar Rasyid. (1998). Ilmu Praktikal dan Berkesan. Kuala Lumpur. Darul Nu’man.

Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam: Fajar Bakti.

Aminah Idris. (1997). Penilaian Program Tilawah al-Quran Sekolah Menengah Rendah. UKM: Bangi.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002)

Danial Zainal Abidin. (2005). Tip-Tip Cemerlang Daripada Al Quran. Bentung: PTS Publications & Distributors. Sdn. Bhd.

Farehan bt Mohd Hani. (2000). Kemahiran Membaca Nun Sakinah di kalangan pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di Daerah Petaling, Tesis Masters UM

Hasan Mahmud. (1987). Ilmu Tajwid Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Al

Mizan

Piaget, J, dan Inhelder, B. (1962). The Psychology of the Child. New York: Basic Books.

Lewin, K. (1948). Resolving social conflicts. Dalam Louis Cohen, Lawrence Manion & Keith Morrison (2007). Research methods in Education, Routledge, NewYork.

Mohammad Naim Mat Salleh. (2003). Penguasaan Tilawah al-Quran Melalui Penggunaan Kaedah Iqra’ di Sekolah-Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu, Terengganu. UKM: Bangi.

45

Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi. (2009). Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran tilawah al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia. UKM: Bangi.

Mohd. Yakub @ Zulkifli bin Mohd. Yusuf dan Saidin Bin Mohd. (2008). Keupayaan Bacaan Al Quran Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat.

Terengganu: Kajian Tindakan.

Mohd Zainul Arifien bin Mohd. (2006). Kaedah Pembelajaran Tajwid dan Hafazan al-Quran. Fakulti Pendidikan: UKM.

Muhammad Fauzan Abdul Wahid. (2006). Meningkatkan Kemahiran Membaca al-Quran Menerusi Latihan Amali & Tasmik al-Quran. Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa: Kuala Lumpur.

Muhammad Arabi Al Qabbani. (1994). Kaedah Tajwid Dan Jawi Sekolah Berasrama Penuh. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. UKM.

Resnick, D.B. (2011). What is ethics in research & why is it important? Diperoleh

pada Mei 21, 2012 daripada http://www.niehs.nih.giv/research/soucers/...

Rohizani Yakub, Shahabudin dan Mohd. Zohir Ahmad. (2005). Pedagogi Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Bentong: PTS Publications & Distributors. Sdn. Bhd.

Salina Binti Sa'don. (2006). Persepsi Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1 Terhadap Pembelajaran Tilawah al-Quran. UTM: Skudai.

Sulaiman Masri. (2001). Dunia Pendidikan/Kertas Kerja/kk. Diperoleh pada Mei 19,2012 daripada http:www.tutor.com.y/pix/2001/07/24/

Zaharah Binti Bahari. (2007). Amalan Membaca al-Quran di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Port Dickson. UKM: Bangi.

Zainal Abidin Abdul Kadir. (1990). Pendidikan al-Quran: Satu Strategi Ke Arah Melahirkan Generasi al-Quran. Kuala Lumpur: Dewan Muktamar Pusat Islam.

46

LAMPIRAN A

UJIAN DIAGNOSTIK

Nama : ………………………………………………

Tahun: ………………………………………………

Arahan

Baca Kalimah-Kalimah Berikut Mengikut Hukum Bacaan Ikhfa’ Hakiki

ﺔٌﻀَﻀَﻨﻣِ

Ù’

ادَاﺪَْﻧاَ ﴫَُُْﺗ اْوﴩَُُْﻧ ﻖٌﻄِْﻨﻣَ

10 Markah

ﱲُـْْﻧاَ

نﻮﺴَْﯾ ََْ

اْوﺮﻜُِْﻨﻣُ

ﲔِْﯿَْﻧاُ

ÙŽ

اْوﺮﻈُْﻧ

ُ

Disesuaikan dari latihan Buku Teks Tilawah Al Quran Tahun Enam 47

LAMPIRAN B

UJIAN PRA (Bertulis)

 

Nama : ………………………………..

Kelas: …………………

Tarikh: ……………………………….

Masa: ………………….

BAHAGIAN A

 

Huruf-Huruf Hijaiyah

ص ش س ز ر ذ د خح ج ث ت ب ا ي ه و ن م ل ك قف غ ع ظ طض

Arahan:

Di atas adalah himpunan huruf-huruf Hijaiyah. Tentukan huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki kemudian tulis di dalam petak yang disediakan di bawah. Setiap petak untuk satu huruf.

Disesuaikan dari latihan Buku Teks Tilawah Al Quran Tahun Enam

48

BAHAGIAN B

Arahan

Perhatikan ayat-ayat di bawah ini. Kenal pasti sukukata yang dibaca dengan bacaan Ikhfa’ Hakiki kemudian gariskan atau bulatkan sukukata itu.

ﻩُﺮ اﴍًةٍرذَلَﺎﻘَﻣِﻞْﻤﻌَْﯾﻦْﻣَو َ َْ َ

ِﺨْﻟ َِِِْ سﺎ َاساﻮَﺳاﻮَﻟاﴍِّﻦْﻣ

رِﺪْﻘَْﻟا َِﯿَﻟﰱِﻪْﻟﺰْﻧ إ ََُْ

ﺔٌﺌﻃِﺎَﺔٍﺑذِﰷَﺔٍﺻَِ

ÙŽ ÙŽ ÙŽ

ﻢﲥِﻼَﺻﻦْﻋَﱒُﻦِا َْ َْْ

ﻪُْﯾزِاﻮَﻣَﺖَْﻠﻘَُﺛﻦْﻣَﺎﻣَﻓ

ﺔٌﻤﯿَِﻗﺐﺘﻛُﻬَﺎﯿﻓِ ٌَُّ ْ

ﻊﯾﴐَﻦﻣِﻻامﺎﻌﻃَﻬُﻢَﻟﺲَﻟ ٍِْْ ٌََْْ

ﻞِﺑِﻻْاﱃَانَوْﺮﻈُْﯾﻼَﻓ َُ

ﺔٌﯾرﺎ ﲔْﺎﳱْﻓِ ٌََََِ

Ubahsuai Dari Latihan Dalam Buku Teks Tilawah Al Quran Tahun Enam

49

LAMPIRAN C

UJIAN POS (Bertulis)

 

Nama :………………………………..

Kelas :……………………..

Tarikh:……………………………….

Masa: …………………….

BAHAGIAN A

HURUF-HURUF HIJAIYAH

ص ش س ز ر ذ د خح ج ث ت ب ا ي ه و ن م ل ك قف غ ع ظ طض

Arahan:

Di atas adalah himpunan huruf-huruf Hijaiyah. Tentukan huruf-huruf Ikhfa’ Hakiki kemudian tulis di dalam petak yang disediakan di bawah. Setiap petak untuk satu huruf.

.

Ubahsuai Dari Latihan Dalam Buku Teks Tilawah Al Quran Tahun Enam

50

BAHAGIAN B

Arahan : Perhatikan ayat-ayat di bawah ini. Tentukan sukukata yang dibaca dengan bacaan Ikhfa’ Hakiki kemudian gariskan atau bulatkan sukukata itu.

َََِْْﻟ ِْﻟ ْٕ رِﺪﻘﻟا ﯿْﰱﻪَُﺰَﻧ ا

ﻦﻣِﻻامﺎﻌﻃَﻬُﻢَﻟﺲَﻟ ْ ٌََْْ

ﻩُﺮ اﴍًةٍرذَلَﺎﻘَﻣِﻞْﻤﻌَْﯾ َ َْ

ﻢﲥِﻼَﺻﻦﻋَﱒُﻦِا ََْْْْ

ﻞﺑﻻْاﱃَانوﺮﻈُﯾﻼََﻓ ِِ ََُْْ

ِﺨْﻟ َِِِْ سﺎ َاساﻮَﺳاﻮَﻟاﴍِّﻦْﻣ

ﺔٌﯾرﺎ ﲔٌَْﺎﳱْﻓِ ََِ َ

ﻪُْﯾزِاﻮَﻣَﺖَْﻠﻘَُﺛﻦْﻣَﺎﻣَﻓ

ﺔٌﻤﯿَِﻗﺐﺘﻛُﻬَﺎﯿﻓِ ٌَُّ ْ

ﺔٌﺌﻃِﺎَﺔٍﺑذِﰷَﺔٍﺻَِ

ÙŽ ÙŽ ÙŽ

BAHAGIAN C

Arahan : Baca ayat-ayat berikut dengan betul. Beri penekanan kepada hukum bacaan Ikhfa’ Hakiki.

َََِْْﻟ ِْﻟ ْٕ رِﺪﻘﻟا ﯿْﰱﻪَُﺰَﻧ ا

ﻦﻣِﻻامﺎﻌﻃَﻬُﻢَﻟﺲَﻟ ْ ٌََْْ

ﻩُﺮ اﴍًةٍرذَلَﺎﻘَﻣِﻞْﻤﻌَْﯾ َ َْ

ﻢﲥِﻼَﺻﻦﻋَﱒُﻦِا ََْْْْ

ﻞﺑﻻْاﱃَانوﺮﻈُﯾﻼََﻓ ِِ ََُْْ

ِﺨْﻟ َِِِْ سﺎ َاساﻮَﺳاﻮَﻟاﴍِّﻦْﻣ

ﺔٌﯾرﺎ ﲔٌَْﺎﳱْﻓِ ََِ َ

ﻪُْﯾزِاﻮَﻣَﺖَْﻠﻘَُﺛﻦْﻣَﺎﻣَﻓ

ﺔٌﻤﯿَِﻗﺐﺘﻛُﻬَﺎﯿﻓِ ٌَُّ ْ

ﺔٌﺌﻃِﺎَﺔٍﺑذِﰷَﺔٍﺻَِ

ÙŽ ÙŽ ÙŽ

Ubahsuai dari Latihan Buku Teks Tilawah Al Quran Tahun Enam

51

LAMPIRAN D

SENARAI SEMAK KEPUTUSAN UJIAN POS (LISAN)

Tarikh: ______

Nama Pemerhati: ___________________________________________

Penilaian: Dapat membaca ikhfa’kalimah-kalimah dalam soalan Ujian Pos

Tandakan ( / ) Pada Lajur Kalimah Yang Dibaca Dengan Ikhfa’

Kalimah-Kalimah Yang Dibaca Ikhfa’ Di Dalam Ujian Pos

Nama

ÙŽ

ﺐٌﺘـﻛ

ﻦٌﯿْﻋَ

ﻦْـﻋَ

ﻦْﻣَ لَﺰَــﻧأ

ﻦْﻣِ

ةٍرﱠذ

ﻦْﻣِ ﺮُﻈﻨَﯾ

ﺔَﯿﺻِﺎﻧ

ٌ

ٌ َ

ٌ

 

ÙŽ

ََُ

ﺮﱢﺷَ

Ù‹

ﻊﯾْﺮﺿَ

ﺔَِﺑذﺎﻛَ

ﺔﻤـﱢﯿـﻗ ﺔَﯾرﺎﺟَ

ﻢﮭَِﺗﻼﺻ ﺖْﻠـﻘـﺛ

اﺮّﺷَ

 

ÙŽ

ِ

ِْ

 

 

 

 

ٍِ

Jumlah Jumlah

Kalimah Kalimah

Diibaca Tidak

Ikhfa’ Diibaca

Ikhfa’

RI

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

Ulasan

………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………….................

Disesuaikan dari Analisis Pencapaian Murid Kem Bistari Solat SK Tampi-Tampi

52

LAMPIRAN E

SENARAI SEMAK KEMAHIRAN SEMASA INTERVENSI

Nama: ___________________________________________

Kemahiran: Mengikhfa’kan Nun Mati atau Tanwin yang bertemu huruf :

Tarikh: ____________

Tandakan ( / ) Pada Ruang Tahap Penguasaan Yang Berkenaan

Bil

Responden

Tahap Penguasaan Bacaan Ikhfa’

 

 

 

 

 

 

 

Lemah

Sederhana

Baik

1Responden 1

2Responden 2

3Responden 3

4Responden 4

5Responden 5

6Responden 6

7Responden 7

8Responden 8

9Responden 9 10 Responden 10

Penguasaan Keseluruhan

 

Petunjuk Tahap Penguasaan

Baik

Mengikhfa”Kan Bacaan Menepati Makhraj Huruf

Sederhana

Mengikhfa’kan Bacaan Menghampiri Makhraj Huruf

Lemah

Tidak Dapat Mengikhfa’kan

 

 

Senarai Semak ini diubahsuai dari Senarai Semak Pencapaian PAFA

53

LAMPIRAN F

SENARAI SEMAK BERKELOMPOK KEMAHIRAN BACAAN IKHFA’

HAKIKI SELEPAS INTERVENSI

Nama Pemerhati: ___________________________

Tarikh: ____________

Kemahiran: Mengikhfa’kan Bacaan Kalimah Atau Ayat Yang Mengandungi Hukum Bacaan Ikhfa’ Hakiki.

Tandakan ( / ) Pada Ruang Tahap Penguasaan Yang Berkenaan

Bil

Responden

Tahap Penguasaan Bacaan Ikhfa’

 

 

 

 

 

 

 

 

Lemah

Sederhana

Baik

1Responden 1

2Responden 2

3Responden 3

4Responden 4

5Responden 5

6Responden 6

7Responden 7

8Responden 8

9Responden 9 10 Responden 10

Penguasaan

Keseluruhan

 

Petunjuk Tahap Penguasaan

Baik

Mengikhfa”Kan Bacaan Menepati Makhraj Huruf

Sederhana

Mengikhfa’kan Bacaan Menghampiri Makhraj Huruf

Lemah

Tidak Dapat Mengikhfa’kan

 

 

Senarai Semak ini diubahsuai dari Senarai Semak Pencapaian PAFA

54

LAMPIRAN G

Set 1

SENARAI SEMAK PERUBAHAN TINGKAH LAKU PEMBELAJARAN

RESPONDEN SEBELUM INTERVENSI

Nama Pemerhati:

..........................................................................................

Tarikh: ...................................................................

Masa: ……………….

Tandakan ( / ) pada ruang ‘YA’ bagi tingkahlaku yang berlaku dan (/) pada ruang ‘TIDAK’ bagi tingkahlaku yang tidak berlaku.

BIL TINGKAHLAKU PEMBELAJARAN RESPONDEN

YA TIDAK

SEBELUM INTERVENSI

1Berminat mengikuti proses pengajaran.

2Menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.

3Suka menjawab soalan guru.

4Berkomunikasi dengan guru.

5Bosan mengikuti proses pengajaran.

6Suka memberi perhatian hal-hal di luar kelas

7Tidak suka disoal oleh guru.

8Berbual semasa guru mengajar

Disesuaikan dari Rekod Kemahiran Wuduk Kem Bistari Solat SK Tampi-Tampi

55

LAMPIRAN H

SET 2

SENARAI SEMAK PERUBAHAN TINGKAH LAKU PEMBELAJARAN

RESPONDEN SELEPAS INTERVENSI

Nama Pemerhati:

..........................................................................................

Tarikh: ...................................................................

Masa: ……………….

Tandakan ( / ) pada ruang ‘YA’ bagi tingkah laku yang berlaku dan (/) pada ruang ‘TIDAK’ bagi tingkahlaku yang tidak berlaku.

Bil

TINGKAHLAKU PEMBELAJARAN RESPONDEN SELEPAS

 

 

INTERVENSI

Ya Tidak

1

Berminat mengikuti proses pengajaran.

 

2

Menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.

 

3

Suka menjawab soalan guru.

 

4

Berkomunikasi dengan guru.

 

5

Bosan mengikuti proses pengajaran.

 

6

Suka memberi perhatian hal-hal di luar kelas

 

7

Tidak suka disoal oleh guru.

 

8

Berbual semasa guru mengajar

 

 

 

 

Disesuaikan dari Rekod Kemahiran Wuduk Kem Bistari Solat SK Tampi-Tampi

56