Share PDF

Search documents:
  Report this document  
    Download as PDF   
      Share on Facebook

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2013

HBEF3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA

:

CHONG NGIAN SIONG

NO. MATRIKULASI

:

830218135411001

NO. KAD PENGNEALAN

:

830218135411

NO. TELEFON

:

0138159425

E-MEL

:

siong218@gmail.com

EOS

:

LIM ENG HOOI

PUSAT PEMBELAJARAN : PPW SARAWAK

 

 

HBEF3503

 

 

 

 

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

 

 

 

1.0

Pengenalan

2-3

 

 

 

2.0

Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia

4-5

 

 

 

3.0

Matlamat

6

 

 

 

4.0

Objektif

6

 

 

 

5.0

Ciri – Ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas

6-9

 

 

 

6.0

Sasaran

9

 

 

 

7.0

Perlaksanaan program pendidikan inklusif

10-13

 

 

 

8.0

Keperluan Logistik

14

 

 

 

9.0

Penutup

15

 

 

 

 

Rujukan

16

 

 

 

1

HBEF3503

1.0 Pengenalan

Pendidikan adalah untuk semua. Kanak-kanak istimewa seperti kanak-kanak kurang upaya dari segi mental atau fizikal tidak seharusnya di pinggirkan dari mendapatkan pendidikan. Oleh itu kurikulum, kokurikulum dan sahsiah harus diselaraskan sentiasa demi memastikan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas di sekolah dapat dilaksanakan seiring dengan kehendak dan matlamat Kementerian Muridan Malaysia agar semua murid mendapat pendidikan yang sama.

Kanak –kanak istimewa ini adalah berbeza daripada kanak-kanak normal. Maka mereka juga memerlukan keperluan dan pendekatan yang berbeza daripada kanak-kanak normal. Oleh itu suatu sistem pendidikan khas bagi murid-murid kurang upaya perlu dirancang untuk membantu mereka cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Menurut Chua,1982 Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak- kanak dan belia yang bersifat luarbiasa.

Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua ,mereka perlu diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,yang dirancang Kementerian Muridan Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid berkeperluan khas, SRJK Boon Siew menjadi salah sebuah program yang sentiasa menyokong demi memastikankan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan khas dapat dirapatkan. Program ini dilaksanakan kepada murid yang telah mempunyai kebolehan belajar mata muridan tertentu yang sama dengan murid normal,dilaksanakan kepada murid yang berkeupayaan di sekolah ini adalah berbentuk sepenuh masa dan separa masa.

Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik

2

HBEF3503 beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan

khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.

3

HBEF3503

2.0 Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak- kanak pekak. Program pemulihan ke atas murid “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.

Perkembangan pendidikan khas di Malaysia tertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan bahawa keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upayamenuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Muridan1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya”.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Muridan melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di

4

HBEF3503 samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan

kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak- kanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.

Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan tanggungjawab-tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik dan tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.

5

HBEF3503

3.0 Matlamat

Matlamat utama perlaksanaaan program ini adalah untuk memberi peluang yang sama rata kepada murid khas dengan murid normal supaya mereka dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan tidak tercicir dalam arus pendidikan . Murid khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.

Selain itu, perlaksanaan program seperti ini mmembuka banyak peluang kepada murid khas terutama murid-murid bermasalah pendengaran untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat.

4.0Objektif

1.Murid khas dapat berinteraksi dengan semua murid normal.

2.Menjadi platform kepada murid normal untuk mencurahkan bakti kepada murid khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .

3.Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.

4.Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.

5.Menyediakan lebih peluang kepada murid khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

6.Gandingan dan kerjasama guru-guru mata muridan dan guru khas membantu melonjakkan mutu pencapaian murid khas.

5.0Ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas

Dalam Bahasa Ingerís istilah ‘kanak-kanak bekeperluan khas’ dinamakan ‘children with exceptional needs’ atau secara ringkas ‘exceptional children’. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Sebelum melaksanakan program inklusif, guru-guru dan pihak- pihak yang terlibat perlu memahami sepenuhnya apakah yang dimaksudkan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

6

HBEF3503

(a)Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah Pendengaran

Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria pendengaran dibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar bunyi pada desibel (dengan ringkas dB yang merupakan ukuran kekuatan bunyi) yang berlainan. Individu yang hanya boleh mendengar bunyi antara 27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalami kesukaran pendengaran (hard of hearing) manakala individu yang hanya boleh mendengar bunyi pada 90 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan deria pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini secara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca, perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan terjejas bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun).

(b)Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah Penglihatan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua kumpulan sahaja iaitu:

i.Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa- apa, termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka juga perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

ii.Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau gambar setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar. Kurang upaya penglihatan atau bermasalah penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti intelek atau kebolehan untuk belajar. Bagaimana pun kanak-kanak yang buta atau berpenglihatan terhad memerlukan perkhidmatan pendidikan khas untuk berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar, buku-buku yang dirakam pada pita audio atau cakera padat dan buku-buku Braille

7

HBEF3503

(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental

Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Dengan perkataan lain kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan fungsian intelektual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus diri, kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan mental lazim berpunca sebelum umur 18 tahun

(d) Kurang Upaya Fizikal

Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang merosakkan otak, otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakit sedemikian. Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy) mengalami kesukaran mengerakkan kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggota badan. Keadaan ini wujud disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsi motor atau pergerakan. Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan awal perkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu penyakit yang membawa kepada kurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina bifida) yang menyerang dan merosakkan tulang belakang seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan menjadi bengkok dan akhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis penyakit yang menyebabkan otot-otot skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang penyakit ini lama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan ramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai remaja

(e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa

Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu bertindak balas atau menjawab soalan-soalan,

8

HBEF3503 memberi penerangan atau arahan. Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau

dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila bercakap.

(f) Kurang Upaya Pembelajaran

Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik. Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat.

(g) Gangguan Emosi

Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dan sebagainya. Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud bergantung kepada keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan emosi kanak- kanak lain pula emosi dipamerkan melalui sesuatu tingkah laku. Gangguan emosi mempengaruhi keupayaan untuk belajar, kesukaran membina dan mengekalkan hubungan interpersonal yang baik dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasai sedih. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah laku luaran seperti kerap berjalan dalam kelas, menjerit, mengacau murid lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti memencilkan diri, berkhayalan dan sebagainya.

6.0 Sasaran

18 orang murid berkeperluan khas dari pendidikan khas yang akan dipertimbangkan masuk ke dalam program pendidikan inklusif yang mempunyai masalah pendengaran.

9

HBEF3503

7.0Perlaksanaan program pendidikan inklusif

1.Penubuhan Jawatankuasa

Pengerusi : En. Teo Siew Lan (Pengetua)

Naib Pengerusi : En. Kwong Fang Zee (PK)

Setiausaha : CIK Deborah Lee Si Zee ( SU Kurikulum)

AJK :

Chin Li New (Penyelaras mata muridan inklusif)

Luke Isaiah (Penyelaras matamuridan pravokasional)

Gan Siaw Yun (Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

Ching Fui Fon (Guru Pendidikan Muzik)

Teo Siew Lan (Guru BM)

Gerolina David Voo (Guru Matematik)

Kevin Lee Sundraraju (Guru Resos)

Lee Mun Lee (Guru Resos – bahasa isyarat)

Lee Pei Wei ( Guru Pendidikan Seni)

2.Penempatan

i.Peringkat 1

-Semua murid pendidikan khas yang mempunyai masalah pendengaran akan ditempatkan di program pendidikan khas bermula dari awal sesi persekolahan.

-Ujian pengesanan akan dilakukan bagi tujuan penempatan murid pendidikan khas yang layak diinklusifkan.

-Senarai pendek murid pendidikan khas pendengaran yang lulus ujian pengesanan 1 akan dikemukakan kepada mesyuarat jawatankuasa. Bagi murid yang gagal dalam ujian pengesanan akan ditempatkan di program pendidikan khas.

ii.Peringkat 2

-Semua murid pendidikan khas pendengaran yang lulus dalam ujian pengesanan yang pertama akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana bermula dari bulan kedua sehingga akhir tahun

10

HBEF3503

-Murid-murid yang layak akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti ujian pengesanan 2, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun

-Murid-murid ini juga akan mengikuti program tambahan bagi memberikan mereka bantuan lain selain daripada mata muridan yang diinklusifkan.

-Murid-murid ini juga diserapkan ke dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah seperti murid-murid aliran perdana.

iii.Peringkat 3

-Murid berpendidikan khas pendengaran yang gagal dalam ujian pengesananan kedua akan ditempatkan semula ke program pendidikan khas sebelum boleh ditempatkan semula ke program inklusif.

-Bagi murid-murid yang lulus dalam ujian pengesanan ke dua, murid- murid ini akan terus berada di program inklusif.

3.Mata pelajaran dan dan program khas

Mata pelajaran yang dinklusifkan

-Bahasa Malaysia

-Matematik

-Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

-Pendidikan Agama/Moral

-Pendidikan Seni

-Sains dan Teknologi

Program yang dijalankan secara khusus

-Jurupulih cara kerja

-Kaunseling

-Latihan bahasa isyarat

-Juru pulih pertuturan

11

HBEF3503

4.Peruntukan kewangan

-Peruntukan kewangan yang diluluskan ialah sebanyak RM40,000.00 bagi membuat pengubahsuaian bilik resos yang lengkap dengan kerusi, meja, peralatan ICT dan alat bantu dengar (sekiranya perlu).

-Peruntukan-peruntukan lain perlulah dipohon menggunakan prosedur peruntukan murid-murid normal.

5.Peranan dan tanggungjawab

i.Guru resos

-Mengajar murid berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan dalam bilik resos bagi program-program tertentu sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran program pendidikan inklusif

-Menjadi pemudahcara, penterjemah dan pembimbing di program- program pendidikan inklusif

-Mengajar kemahiran bahasa isyarat

-Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran

-Memastikan murid dibekalkan dengan alat bantu pendengaran

-Menyelaraskan jadual program pendidikan khas dan program pendidikan inklusif

-Menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan dapat membantu murid-murid

-Memastikan, memantau dan merekodkan kehadiran, prestasi dan perkembangan murid

-Melengkapkan fail murid inklusif

-Mendapatkan kerjasama dari guru matamuridan dalam menjalankan aktiviti pengukuhan dan pengayaan selepas kelas program pendidikan inklusif.

-Mengurus dan menyelenggara bilik resos

-Mengadakan kolaborasi dan kaunseling kepada murid dan ibubapa/penjaga

12

HBEF3503

-Bekerjasama dan berkolaborasi dengan guru-guru terlibat, pihak luar dan lain-lain pihak berkepentingan untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal-ehwal murid termasuklah kebajikan dan kesihatan murid.

ii.Guru matapelajaran

-Menyediakan suasana yang kondusif seperti memberikan murid- murid berkeperluan khas duduk di hadapan kelas.

-Menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid memahami isi kandung muridan dengan lebih mudah

-Bekerjasama dengan guru resos dalam membantu hal-ehwal murid

iii.Guru Besar

-Mempengerusikan jawatankuasa program pendidikan Inklusif.

-Memastikan guru-guru yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas dan peranan dengan sebaik mungkin

-Memastikan kelancaran program pendidikan inklusif

-Memastikan program pendidikan inklusif mematuhi Garis Panduan Pendidikan Inklusif daripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran.

-Menyebar dan menimbulkan kesedaran kepada ibubapa dan pihak- pihak terlibat akan kepentingan program pendidikan inklusif.

-Memastikan semua murid berkeperluan khas mendapat layanan yang adil, samarata dan saksama

13

HBEF3503

8.0Keperluan Logistik

i.Fail Program Inklusif

-Jadual waktu guru dan murid yang terlibat

-Biodata murid yang diinklusifkan

-Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif

-Rekod prestasi

ii.Bilik resos

iii.Guru resos

iv.Guru biasa/pembantu

v.Alat Bantu Dengar

vi.LCD dan Projektor

vii.Peralatan ICT

14

HBEF3503

9.0 Penutup

Pihak sekolah merasakan bahawa tanggung jawab mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bukan hanya diletakkan di bahu jabatan-jabatan khas. Tetapi sebaliknya sekolah harus mengambil peranan dalam hal ini. Penyesuaian dalam kurikulum dan kokurikulum harus dilakukan agar kanak-kanak khas turus sama dapat merasa arus pendidikan sama seperti murid normal lain.seharusnya tidak ada jurang pendidikan yang ada antara murid normal dan murid khas. Ini kerana murid berkategori khas juga mampu menjadi modal insan dan menyumbang kepada negara pada masa akan datang.

Dengan perlaksanaan program ini, diharapkan program ini dapat berkembang dan terus berjalan bukan sahaja kepada murid-murid yang bermasalah pendengaran tetapi murid-murid lain yang berkeperluan khas yang lain.

Disediakan Oleh :

_______________________________

(Setiausaha : Cik Deborah Lee Si Zee )

Program Inklusif Bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas, SJKC SIONG BOON.

15

HBEF3503

Rujukan

Abdul Mutalib Mohd. Zain, 1994. Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif Ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan Untuk Semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ang Huat Bin, 2002. Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications Dan Distributor Sdn.Bhd

Kamariah Jalil, 1995. Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Konsep Dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noraini Salleh, 1995. Curriculum Planning For Special Education Programmes. Universiti Kebangsaan Malaysia: Michigan H.Bell and Howell Information.

Thomas G, Feiler. A, 1988. Planning For Special Needs: A Whole School Approach. London: Blackwell Ltd.

16